Definisi : meningkah 1. membalas (menjawab, menyahut) perkataan orang: “Aku tidak percaya”, katanya ~; 2. menyelang (menyampuk, memotong) perkataan orang, membantahi: maafkan saya kerana ~ semasa tuan sedang bercakap tadi; ia berasa tersinggung kerana sahabatnya ~ pendapatnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Definisi : 1 sj gendang. 2 = tingkahan pukulan gendang yg mengiringi lagu dsb; nyanyian yg bersambut-sambutan dgn bunyi-bunyian. bertingkah-tingkah, tingkah-meningkah silih berganti; bersambut-sambutan (ttg bunyi gendang, nyanyian dsb). meningkah memukul gendang dll mengiringi lagu atau mengiringi bunyi-bunyian. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)