[tu.juh] | توجوه
Definisi : bilangan enam ditambah satu (7), angka 7; ~ belas 17; ~ puluh 70; bintang ~ nama gugusan bintang yg tujuh banyaknya, Pleiades; ~ keliling Jk sakit kepala yg amat sangat; ~ likur malam yg kedua puluh tujuh (dlm bulan Ramadan); ketujuh-tujuh tujuh-tujuh sekali, tujuh semua-nya: ~ anaknya sudah dewasa dan berjaya dlm hidup masing-masing; ~ majalah ini mempunyai khalayak sasarannya yg ber-lainan; bertujuh tujuh jumlahnya, tujuh (orang dll) semuanya; menujuh; ~ bulan mengadakan kenduri pd ketika orang mengandung tujuh bulan; ~ hari mengadakan kenduri pd hari yg ketujuh selepas seseorang meninggal; penujuh kenduri kerana menujuh hari. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[tu.juh] | توجوه
Definisi : bilangan enam ditambah satu; 7: ~ belas 17; ~ puluh 70. ~ likur malam yg kedua puluh tujuh dlm bulan Ramadan. bertujuh tujuh jumlahnya. menujuh; ~ bulan mengadakan kenduri pd masa orang mengandung tujuh bulan. ~ hari mengadakan kenduri pd hari yg ketujuh setelah seseorang meninggal. ketujuh peringkat, bilangan dsb yg nombor tujuh: Dia mendapat tempat ~ dlm perlumbaan merentas desa. ketujuh-tujuh bertujuh sekali; bertujuh semuanya: ~ orang pemain bola jaring itu keletihan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)