[tum.pul] | تومڤول
Definisi : 1. tidak tajam, tidak runcing, majal, puntul: di tangannya kelihatan sebilah parang belitung yg agak ~; 2. ki susah mengerti (memahami), agak bodoh: otakmu terlalu ~ dan tidak satu pun yg dapat masuk ke dlm benakmu; 3. ki tidak berminat lagi, kurang perhatian, tawar hati: perasaanku semakin ~; 4. ki sudah berkurang (merosot dsb), sudah tidak lagi sama kesannya (hebatnya dll) spt sebelumnya: harapan Zizah menjadi ~; terdapat sudah tanda-tanda bahasa Malaysia mulai ~ sengatnya; menumpulkan menyebabkan (menjadikan) tumpul: utk ~ sokongan diplomatik terhadap kedudukan masing-masing; ketumpulan perihal tumpul. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[tum.pul] | تومڤول
Definisi : 1 tidak tajam; tidak runcing: Mata cangkul ini sudah ~. 2 susah hendak memahami; agak bodoh. menumpulkan menyebabkan atau menjadikan tumpul. ketumpulan keadaan atau hal tumpul. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)