Definisi : ; mengubah suai membuat per-ubahan dsb pd sesuatu supaya menjadi sesuai dgn sesuatu keadaan (keperluan, kegunaan, dsb): ~ bangunan lama; ~ sistem dan kaedah lama supaya dapat memenuhi keperluan keadaan sekarang; ubah suaian sesuatu yg telah diubah suai, hasil drpd mengubah suai; pengubahsuaian perihal (perbuatan, kerja, proses, dsb) mengubah suai: biasanya beberapa ~ berlaku oleh sebab timbulnya per-soalan baru dlm menangani kata masukan tertentu, yg tidak terduga atau tertelah pd peringkat awal penentuan sistem; penyusunan semula dan ~ istilah-istilah yg telah digubal dan dicipta pd tahap awal perkembangan bahasa;pengubah suai bahan atau alat utk mengubah suai sesuatu: ~ yg biasa dicampurkan utk memelihara kekerasan permukaan tuangan ialah fluorida dan siliko-fluorida. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Definisi : ; mengubah suai menjadikan sesuatu berubah dan sesuai dgn kehendak (keperluan dsb): ~ sistem penanaman padi. terubah suai (sudah) berubah sesuai dgn keperluan dsb. ubah suaian sesuatu yg telah diubah suai; hasil drpd mengubah suai. pengubahsuaian perbuatan atau hal mengubah suai. pengubah suai bahan atau alat utk mengubah suai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)