Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[u.gut] | اوݢوت

Definisi : ; mengugut menakut-nakutkan (supaya melakukan atau mematuhi sesuatu), meng-ancam: kami datang ini kerana kewajiban, bukan ~, bukan menakut-nakutkan kakak; ugut-mengugut saling mengugut antara satu sama lain: pihak yg berbalah sering ~ utk mempertahankan kebenaran masing-masing; ugutan kata-kata dsb yg bertujuan utk menakut-nakutkan (supaya melakukan atau mematuhi sesuatu), ancaman: jangan-jangan ini surat ~; pengugut orang yg mengugut, pengancam. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[u.gut] | اوݢوت

Definisi : ; mengugut menakut-nakutkan dgn menyatakan akan melakukan sesuatu yg tidak baik; mengancam: Mereka ~ hendak membunuh anaknya jika ia tidak menyerahkan wang tebusan. ugutan sesuatu atau pernyataan yg mengugut; ancaman: Bapanya telah menerima sepucuk surat ~. pengugut orang yg mengugut. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ugut
Kata Terbitan : mengugut, ugutan, pengugut,