Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[um.pat] | اومڤت

Definisi : = umpatan 1. kata-kata yg ber-maksud utk menodai nama orang (merugikan orang), fitnah: aku dibuang negeri ini kerana ~ orang; 2. kata-kata mengeji (mengejek) kerana marah (menyesali sesuatu dll) terhadap orang yg bersalah dll, cercaan, sesalan: Mak Guna menyudahi nasihatnya dgn umpatan, ‘Seolah-olah kehendak dan perintahku itu bukan utk kebaikanmu sendiri semata-mata’; 3. perasaan kesal yg amat sangat (kerana kata-katanya tidak dipedulikan orang dll), geram, jengkel; tidak ~ yg membunuh, tidak puji yg mengenyang prb jangan dihiraukan sangat umpat atau puji orang kerana kedua-duanya tidak merugikan atau menguntungkan; umpat-umpatan segala macam umpat, pel-bagai kata yg melahirkan rasa kesal (marah dll): dia selalu mendengar ~, bangkit-bangkit­an ibunya; mengumpat 1. mencela-cela (memburuk-burukkan) orang lain di belakangnya, mengatai (orang) di belakang: mereka bergunjing dan ~ iaitu menyiarkan kesalahan dan aib manu-sia kpd orang lain di belakang; 2. mencela, mengejek, mengeji: berdosa mencela dan ~ orang; 3. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[um.pat] | اومڤت

Definisi : ® umpet. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[um.pat] | اومڤت

Definisi : , = umpatan 1 kata-kata yg dituturkan utk memburuk-burukkan orang lain. 2 kata-kata yg dituturkan kerana menyesali seseorang yg membuat kesalahan; cercaan. umpat-umpatan segala macam umpat. mengumpat 1 menceritakan hal yg buruk-buruk atau mencela orang lain (di belakang); mengata-ngatai. 2 memarahi atau mengutuk orang kerana berlaku sesuatu yg tidak baik kpd kita. pengumpat orang yg suka mengumpat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
umpat
Kata Terbitan : umpatan, mengumpat,

Peribahasa

Dari jauh diangkat telunjuk,
     kalau dekat diangkat mata.

Bermaksud :

Umpat dan caci kerana kelakuan yang tidak senonoh.

 

Lihat selanjutnya...(2)