Definisi : ; mengundang mempersilakan datang, memanggil supaya datang, menjemput (supaya menghadiri sesuatu majlis dsb): dia ~ bebe-rapa teman sekerja ke rumahnya; undangan 1. orang yg diundang, jemputan; 2. panggilan (utk datang), jemputan: pd suatu hari, dia menerima ~ utk menghadiri satu pesta di rumah temannya; pengundang pihak atau orang yg meng-undang: setiap tetamu undangan perlulah memberikan jawaban kpd ~ sama ada ia dapat menghadiri majlis itu atau sebaliknya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Definisi : ; mengundang mengajak atau mempersilakan seseorang datang; menjemput: Ia ~ lebih kurang 1000 orang ke majlis perkahwinan anaknya. undangan 1 orang yg diundang. 2 jemputan atau panggilan utk datang: kad ~ kad jemputan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)