[vi.ta.min] | ۏيتامين
Definisi : bahan organik yg sangat penting yg diperlukan oleh badan dgn jumlah yg kecil dan berperanan dlm pertumbuhan normal, pengawalan kesihatan, dan pencegahan penyakit; jenis-jenisnya: A, B kompleks, B1, B2, C, dll; ~ A sj vitamin larut lemak yg diperlukan utk pertumbuhan normal, pencegahan penyakit rabun malam, dll (banyak terdapat dlm minyak ikan, hati, telur, susu, dll); ~ B1 salah satu vitamin B kompleks yg kekurangannya menyebabkan penyakit beriberi; ~ B2 salah satu vitamin B kompleks yg kekurangannya menyebabkan penyakit pelagra; ~ B12 salah satu vitamin B kompleks yg kekurangannya menyebabkan sj penyakit anemia; ~ B kompleks sekumpulan vitamin larut air yg terdiri drpd vitamin B1, B2, B6, B12, dll (banyak terdapat dlm bijirin, yis, hati, dll); ~ C sj vitamin larut air yg kekurangannya boleh menyebabkan penyakit skurvi (banyak terdapat dlm buah-buahan sitrus spt oren dan sesetengah sayuran); ~ D sj vitamin larut lemak yg kekurangannya boleh menyebabkan penyakit riket pd kanak-kanak dan kelembutan tulang pd orang dewasa (banyak terdapat dlm minyak ikan, mentega, kuning telur, dll); ~ K sj vitamin larut lemak yg diperlukan utk meningkatkan daya penggumpalan pembekuan) darah semasa berlakunya perdarahan (terdapat dlm kubis, bayam, dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[vi.ta.min] | ۏيتامين
Definisi : zat yg terdapat dlm bahan-bahan makanan dan sangat penting utk tubuh: Limau kaya dgn ~ C, manakala betik kaya dgn ~ A. ~ A vitamin larut lemak yg banyak terdapat dlm minyak ikan, telur, susu, hati, dll, yg diperlukan dlm tubuh utk pertumbuhan normal, mencegah penyakit rabun malam dll. ~ B kompleks sekumpulan vitamin larut air yg terdiri drpd vitamin B1, B2, B6, B12, dll, yg banyak terdapat dlm bijirin, yis, hati, dll. ~ C vitamin larut air yg banyak terdapat dlm buah-buahan sitrus spt oren, limau, dan sesetengah sayuran (kekurangan vitamin ini boleh mengakibatkan penyakit skurvi). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)