Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[wa.ngi] | واڠي

Definisi : 1. sangat sedap baunya, harum; air (minyak) ~ air (minyak) yg harum baunya; serai ~ serai yg harum baunya; 2. ki terkenal, harum: namanya menjadi ~ di seluruh negeri; wangi-wangian segala sesuatu yg harum, bau-bauan yg harum; berwangi-wangian memakai wangi-wangian: si isteri juga digalakkan ~ ketika suami berada di rumah; mewangi berbau harum, semerbak harum: sbg batik Lasam, makin dibasuh makin ~ baunya; mewangikan menjadikan wangi, meng­harumkan: teh ini dibubuh sehiris limau nipis yg bertikam cengkih, bukan utk menghiasnya tetapi utk ~nya; wangian bau (minyak) wangi: lebih semerbak drpd ~ kasturi; kewangian perihal wangi, bau wangi, ke-haruman; ewangi sesuatu yg mewangikan (menjadikan berbau wangi), pengharum: di Mesir, upacara keagamaan, terutama kematian mestilah dilengkapi dgn penggunaan ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[wa.ngi] | واڠي

Definisi : ; akar ~ = rumput ~ sj tumbuhan (rumput), naga setu, narwastu, Vetiveria zizanioides. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[wa.ngi] | واڠي

Definisi : 1 harum (bkn bau): air (minyak) ~ air (minyak) yg harum baunya; serai ~ serai yg harum baunya. 2 ki terkenal: Kerana sifatnya yg dermawan itu, namanya ~ di seluruh negara. mewangi berbau harum; semerbak: Apabila cempaka itu berbunga, baunya ~ di seluruh taman. mewangikan menjadikan wangi; mengharumkan. wangi-wangian segala yg berbau wangi; bau-bauan (yg wangi). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
wangi (adjektif)
1. Bersinonim dengan harum: sedap baunya, resi, raksi,
Berantonim dengan busuk

2. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan terkenal, terkemuka, termasyhur, terbilang, terpandang, ternama, tersohor,
Berantonim dengan biasa

Kata Terbitan : mewangi, wangi-wangian, kewangian,

Puisi
 

Manis sungguh gula kabung,
     Hendak wangi dicampur pandan;
Putus tali boleh disambung,
     Putus kasih merana badan.


Lihat selanjutnya...(11)