Definisi : berita, khabar: tidak pernah kami dengar ~ bahawa manusia menjadi binatang; juru~ jurukhabar, wartawan; ~ berita berbagai-bagai berita; ~ harian surat khabar yg diterbitkan setiap hari; ~ kerajaan risalah yg diterbitkan oleh kerajaan utk menyiarkan undang-undang (pelantikan dll) yg telah disahkan oleh kerajaan; ~ sepekan Id majalah yg dikeluarkan seminggu sekali; ~ dibawa pikat dan langau sl perkhabaran yg belum sah, khabar angin; mewartakan memaklumkan, memberitahukan, mengkhabarkan: pemberita kita di Melaka ~ bahawa pemilihan johan bagi negeri itu telah selesai; terwarta telah diwartakan: teks ~; pewartaan perihal mewartakan, pemberitaan, pengkhabaran, pemberitahuan; pewarta orang yg memberitakan, pemberita. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Definisi : berita; khabar. ~ berita bermacam-macam berita. ~ harian surat khabar yg diterbitkan setiap hari. ~ kerajaan risalah yg diterbitkan oleh kerajaan utk menyiarkan undang-undang dll yg telah disahkan. mewartakan 1 memberitahukan: Wakil kita ~ bahawa persidangan itu telah berakhir. 2 menyiarkan sesuatu dlm warta kerajaan: Pindaan kpd peraturan itu belum diwartakan lagi. pewarta orang yg memberitakan; pemberita. wartawan orang yg kerjanya menulis rencana atau berita utk surat khabar dll: ~ bebas wartawan yg bebas menulis utk sebarang akhbar atau majalah. kewartawanan segala hal yg berkaitan dgn penerbitan dan penulisan surat khabar, majalah dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)