Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[wi.ba.wa] | ويباوا

Definisi : = kewibawaan 1. kekuasaan, hak, atau keupayaan yg membolehkan seseorang dll menguasai atau mengarah orang lain atau menerbitkan pengaruh yg kuat: kewibawaannya sbg pemimpin persatuan itu dipertikaikan; memang benar pemimpin yg dikurniai daya penarik dan ~ utk menggerakkan rakyat itu seorang diktator; ~nya terpelihara dan dia akan menguasai terus masyarakatnya; 2. sifat atau keistimewaan sesuatu, spt sesebuah institusi atau terbitan yg menjadi­kannya dapat dipertanggungjawabkan atau dijadikan pegangan: ~ Dewan Bahasa dan Pustaka sbg badan pembinaan dan pengembangan bahasa; berwibawa = berkewibawaan mempunyai wibawa (kewibawaan): penggunaan kata ini akan diterima orang akhirnya jika kamus tersebut ~; utk menjadi media massa yg ~, maka gaya, isi, dan pendekatannya harus ditumpukan pd manusia dan permasalahannya yg sebenar; pemimpin juga harus cekap berfikir, cekap berpidato, mempunyai karisma tertentu, ~ tinggi, serta sentiasa bercakap positif. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[wi.ba.wa] | ويباوا

Definisi : , = kewibawaan 1 kepakaran dlm sesuatu bidang ilmu pengetahuan. 2 kuasa dan hak memberi perintah yg mesti diikut. berwibawa 1 mempunyai kepakaran dlm sesuatu bidang ilmu pengetahuan. 2 berkuasa dan berhak mengeluarkan perintah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
wibawa
Kata Terbitan : kewibawaan, berwibawa,