adendum
kata nama
1. tambahan maklumat pada bahagian akhir buku, laporan, dan sebagainya yang sedia ada
Contoh penggunaan:
Adendum laporan ini disediakan berdasarkan hasil penelitian dan penilaian terkini oleh pasukan penyelidik.
2. Undang-undang
tambahan perkara, syarat, dan sebagainya kepada dokumen, perjanjian, dan sebagainya yang asal
Contoh penggunaan:
Dalam semua kes, tujuan adendum adalah untuk menambah catatan tanpa mengubah perkara asalnya.
3. Kejuruteraan
tinggi jejarian bagi gigi gear, diukur di sebelah luar bulatan pic
4. Kejuruteraan
bahagian gear yang berada di sebelah luar bulatan pic