Kurik Kundi Merah Saga | Sayang pelanduk tiga sekawan, Singgah berulam si buah simpur; Gila mabuk denganmu tuan, Siang tak makan malam tak tidur. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak pelanduk tiga sekawan, Singgah makan buah simpur; Gila mabuk denganmu tuan, Siang tak makan malam tak tidur. |
Kurik Kundi Merah Saga | Cik Ali belayar ke Bangka, Tupai nandung makan padi; Siang malam tidak kusangka, Sudah terkandung di dalam hati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak tasik dari hulu, Mengenang juga cincin permata; Malam tadi menahan rindu, Makan bersuap si air mata. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tengah malam waktunya sunyi, Di daratlah makan kijang berbunyi; Timbullah ompang denganlah pelangi, Alamatlah hilang kemala nanti. |
Kurik Kundi Merah Saga | Putik pauh asam mempelam, Mari makan waktu pagi; Hujan turun di malam kelam, Kerana kasih kumari lagi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Makan kugaul hanya sedikit, Air berkocak di dalam talam; Badan berpeluh mataku sakit, Angkat mengucap di tengah malam. |
Kurik Kundi Merah Saga | Nasi kunyit gulai ayam, Mari makan di Batu Melintang; Topi senget jalan malam, Jalan mencari sanggul melintang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak itik makan padi, Padi disimpan di bawah tangga; Cantik sungguh adik yang tadi, Siang malam terbayang di mata. |
Kurik Kundi Merah Saga | Wak Fakir berbaju jubah, Naik kuda berjalan malam; Hamba miskin bertambah susah, Cari makan di kampung orang. |