Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah kesalahan tatabahasa dalam ayat ini yang berikut ? Ketua Polis Negara mengingatkan semua pihak untuk menghormati peraturan dan undang-undang bagi mengelakkan provokasi hingga menganggu tugas polis.

Ayat yang betul ialah Ketua Polis Negara mengingatkan semua pihak supaya menghormati peraturan dan undang-undang bagi mengelakkan provokasi yang mengganggu tugas polis.

Tatabahasa09.07.2021
Jika panggilan hormat untuk ketua tentera ialah Yang Amat Mulia, apakah panggilan hormat untuk Ketua Polis Negara. Adakah Yang Amat Berbahagia atau Yang Amat Setia?Untuk makluman, DBP tidak mempunyai data berkenaan hal tersebut. Mohon rujuk laman web ini (http://www.mosti.gov.my/wp-content/uploads/2.pdf) untuk lebih jelas.Lain-lain27.10.2015
What is General Superintendent in Bahasa Malaysia. We have been using the word Pengelola Agung. Thank you for your help.Istilah General Superintendent tidak ada dalam sumber rujukan. Walau bagaimanapun saya paparkan beberapa bentuk bentuk istilah yang mengandungi perkataan general dan padanannya dalam bahasa Melayu seperti Inspector General - Ketua Polis Negara, Auditor General - Juruaudit Negara, General Manager - Pengurus Besar, General Staff - Kakitangan Turus Am. Berdasarkan contoh-contoh tersebut tidak istilah yan menggunakan kata general diberi padanan Agung. Oleh itu, berdasarkan contoh yang ada padanan yang paling sesuai untuk General Superintendent ialah Penguasa Negara.Istilah13.05.2009
Selamat sejahtera tuan/puan. Saya ada beberapa soalan mengenai huruf besar dan kecil. Setahu saya, negara Jepun, "n" perlu huruf besar kerana negara ialah kata nama am dan Jepun barulah kata nama khas. Soalannya ialah ketua merupakan kata nama am. Jadi yang mana satu betul? 1. Abang saya Ketua Jabatan Sumber @ ketua Jabatan Sumber @ ketua jabatan sumber? 2. Dia berasal dari Bandar Batu Gajah @ bandar Batu Gajah? 3. Dipersilakan Menteri Kementerian Kesihatan @ menteri Kementerian Kesihatan @ menteri Kementerian Kesihatan berikan ucapan? 4. Saya duduk di Kampung Mewah @ kampung Mewah? 5. Ayah saya Timbalan Ketua Polis @ timbalan ketua polis? 6. Saya ketua kelas 3A @ saya Ketua Kelas 3A? 7. Di pekan Jabi atau Pekan Jabi? Harap pihak DBP boleh jelaskan penggunaan huruf besar dan kecil dengan lebih jelas. Terima kasih diucapkan terlebih dahulu. Selamat sejahtera tuan/puan. Saya ada beberapa soalan mengenai huruf besar dan kecil. Setahu saya, negara Jepun, "n" perlu huruf besar kerana negara ialah kata nama am dan Jepun barulah kata nama khas. Soalannya ialah ketua merupakan kata nama am. Jadi yang mana satu betul? 1. Abang saya Ketua Jabatan Sumber @ ketua Jabatan Sumber @ ketua jabatan sumber? 2. Dia berasal dari Bandar Batu Gajah @ bandar Batu Gajah? 3. Dipersilakan Menteri Kementerian Kesihatan @ menteri Kementerian Kesihatan @ menteri Kementerian Kesihatan berikan ucapan? 4. Saya duduk di Kampung Mewah @ kampung Mewah? Selam

Berikut merupakan penerangan bagi setiap ayat/frasa:

  1. “Abang saya Ketua Jabatan Sumber.”, “Ketua Jabatan Sumber”, merupakan kata nama khas (jawatan) dan perlu dieja menggunakan huruf besar pada pangkal perkataan.
  2. “Dia berasal dari bandar Batu Gajah.”, “bandar” merupakan kata nama am dan perlu dieja menggunakan huruf kecil pada pangkal perkataan.
  3. “Dipersilakan Menteri Kesihatan Malaysia memberikan ucapan.”, “Menteri Kesihatan Malaysia” merupakan kata nama khas (jawatan) dan perlu dieja menggunakan huruf besar pada pangkal perkataan.
  4. “Saya tinggal di Kampung Mewah.”, “Kampung Mewah” merupakan kata nama khas dan perlu dieja menggunakan huruf besar pada pangkal perkataan.
  5. “Ayah saya Timbalan Ketua Polis.”, “Timbalan Ketua Polis” merupakan kata nama khas (jawatan) dan perlu dieja menggunakan huruf besar pada pangkal perkataan.
  6. “Saya Ketua Kelas 3A.”, “Ketua Kelas 3A” merupakan kata nama khas (jawatan) dan perlu dieja menggunakan huruf besar pada pangkal perkataan.
  7. “Di pekan Jabi atau Pekan Jabi?”, “pekan” merupakan kata nama am dan perlu dieja menggunakan huruf kecil pada pangkal perkataan.

Untuk maklumat lanjut berhubung dengan kata nama khas dan kata nama am, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2014) halaman 84 - 86.


Tatabahasa04.03.2024
bagaimana cara yang tepat mengunakan tulisan nombor dan angka dalam penulisan dokumen rasmi? contoh: terdapat sebanyak lima (5) projek perlu diselesaikan dalam tempoh tujuh (7) tahun. perlukah kurungan tersebut?

Berdasarkan Gaya Dewan Edisi Keempat, gaya penulisan nombor dalam ayat seperti yang berikut:

1.    Nombor pada permulaan ayat

Nombor pada permulaan ayat hendaklah dieja kecuali nombor yang menunjukkan tahun kalendar. Contoh:

a)    Lima belas orang pelajar Sekolah Menengah Aminuddin Baki telah menerima anugerah pelajar cemerlang.

b)    1957 ialah tahun kemerdekaan bagi negara ini.

2.    Nombor dalam ayat

a)    Nombor sifar hingga sembilan hendaklah dieja.

Contoh: Polis menemui lima bungkusan berisi wang yang telah ditinggalkan oleh perompak.

b)    Semua nombor dalam ayat boleh dieja atau ditulis dengan angka jika lebih daripada sembilan tetapi penulisannya hendaklah selaras. Contoh:

i.              Ketua Pengarah DBP telah menghadiahkan dua ratus buah Kamus Dewan kepada Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan.

atau

ii.            Ketua Pengarah DBP telah menghadiahkan 200 buah Kamus Dewan kepada Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Gaya Dewan Edisi Keempat, muka surat 161-162.

Ejaan07.11.2023

Kembali ke atas