Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : a) isyarat bergerak dlm sistem lalu lintas; b) ki kebenaran atau persetujuan utk melaksanakan sesuatu projek dll; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
lampu (kata nama)
Bersinonim dengan lampu suluh, lampu picit, pelita.,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
dalam menulis karangan perkataan lampu hijau perlu guna tanda baca (" ") ini contoh ("lampu hijau '' atau lampu hijau)Sekiranya frasa lampu hijau itu mempunyai makna yang tertentu maka wajar diberikan tanda petik. Tetapi jika hanya membawa makna biasa tidak perlu diberikan tanda petik. Sila rujuk yang berkaitan dengan tanda bacaan untuk maklumat lanjut.Lain-lain19.06.2009
masyarakat tidak harus memberi lampu hijau kepada remaja bagi melakukangejala sosial. dalam ayat ini "lampu hijau" perlu mengunakan tanda baca ini (" ") ini?

Lampu hijau dalam ayat itu tidak perlu diletakkan tanda pengikat tanda (" ").

Tatabahasa25.06.2009
Apakah perbezaan penggunaan lampu isyarat dan isyarat lampu? Adakah ayat-ayat berikut betul? a. Dia ditahan polis kerana melanggar isyarat lampu merah. b. Dia ditahan polis kerana melanggar lampu isyarat.Lampu isyarat ialah kata nama bagi lampu tersebut. Isyarat lampu pula isyarat yang ditunjukkan pada lampu tersebut sama ada merah atau hijau. Yang tepat a. Dia ditahan kerana melanggar isyarat lampu merah. Manakala, b. merujuk pemandu melanggar lampu tersebut.Lain-lain14.05.2017
boleh tak sekiranya "lintasan pejalan kaki berisyarat" disingkatkan menjadi "lintasan pejalan kaki" sahaja? . adakah tanpa "berisyarat" maksudnya juga berubah? terima kasih.Lintasan pejalan kaki berisyarat maksudnya lintasan pejalan kaki yang mempunyai kemudahan lampu isyarat dan butang hijau yang boleh ditekan oleh pejalan kaki yang hendak melintas jalan di kawasan tersebut. Lintasan pejalan kaki ialah lintasan biasa bagi pejalan kaki yang hendak melintas jalan dan tidak mempunyai lampu isyarat di lintasan tersebut. Maksud bagi kedua-dua perkara tersebut adalah berbeza.Lain-lain14.09.2017
Manakah jwpn yg betul _____orang ramai segera melintas ketika lampu isyarat pejalan kaki bertukar hijau a. segerombolan b. sekumpulan skima jwapan diberi 'a' . adakah segerombolan hanya digunakan untuk pengganas atau penjahat shj.Bagi manusia perkataan yang sesuai ialah sekumpulan. Segerombolan digunakan untuk penjahat, penyamun pengganas dan sebagainya.Tatabahasa27.05.2010

Kembali ke atas