Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ka.rat] | برکارت

Definisi : 1. kena karat, ada karatnya: besi ~ besi yg sudah dimakan karat; 2. ki a) lama (tua); b) jahat; hati ~ jahat hatinya (perasaan­nya); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ka.rat] | برکارت

Definisi : dimakan karat; diselaputi karat: besi ~ berlaku apabila besi yg sudah dimakan karat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
karat (kata nama)
Bersinonim dengan selaput, kotoran, tahi, sisa, kerak;,
Kata Terbitan : berkarat, berkarat hati,

Puisi
 

Jangan diharap pauh panji,
     Pauh condong ke barat;
Jangan diharap kepada janji,
     Sauh besi lagi berkarat.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Bukannya diam penggali berkarat,
     melainkan diam ubi berisi.

Bermaksud :

Diam yang ada gunanya.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KUSAM

Kusam. Apabila logam berkarat, atau berpadu

dengan oksigen, ia menjadi kusam. Apabila

permukaan logam atau mineral kehilangan

kilauannya, ia juga menjadi kusam.

UMUM 
ZINK

Zink, unsur kimia dengan simbol Zn, ialah logam

berkilat berwarna putih kebiruan. Logam ini

penting dalam industri. Zink boleh dijadikan

pelbagai bentuk dengan kaedah kerja logam

biasa. Logam seperti besi dan keluli boleh

digalvani – iaitu, disalut dengan zink – untuk

mencegahnya daripada berkarat. Logam

bergalvani digunakan untuk membuat talang

bumbung, lapik tangki.

UMUM 

Kembali ke atas