Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : alat yg terdiri drpd sepasang fon telinga yg disambungkan antara satu sama lain dgn alat spt cekak, yg diletakkan di kepala utk mendengar radio, ucapan dsb. ~ telinga a. alat yg dilekapkan pd kedua-dua telinga utk mendengar lagu, muzik dsb. b. alat yg diselitkan pd telinga utk membantu pendengaran. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kepala (kata nama)
1. Bersinonim dengan jemala: tendas, akal, otak, fikiran, minda,

2. Bersinonim dengan ketua: pemimpin, penghulu, pengurus, pengelola, kapten, batin, pengarah, penggawa, mandur, penyelia, majikan, presiden, raja, imam, penasihat, guru, pemandu, khalifah, lurah, gabenor, nakhoda, juragan, jurumudi, panglima, hulubalang, sintua, juara, tekong,

3. Dalam konteks surat
bersinonim dengan tajuk, pendahuluan, permulaan,

4. Dalam konteks perkiraan
bersinonim dengan orang, individu,

5. Bersinonim dengan tangkai: hulu, pemegang,

Kata Terbitan : berkepala, berkepalakan, mengepalai,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Mengapa sistem data PRPM tidak dikemas kini secara berterusan? Terdapat banyak percanggahan terutamanya istilah terjemahan dari bahasa Inggeris. Sebagai contoh istilah 'headphone' dalam Kamus Inggeris-Melayu Dewan ialah fonkepala (dieja rapat) manakala dalam Kamus Dewan Perdana ialah fon kepala (dieja jarak). Jika dirujuk pada Khidmat Nasihat pula masih terdapat jawapan 'fonkepala' dari tahun 2009. (Sila rujuk lampiran) Begitu juga dengan istilah 'update'. Jadi kamus yang mana perlu saya rujuk jika laman PRPM sendiri memberikan jawapan yang bercanggah?Ejaan yang betul ialah "fon kepala" dan padanan bahasa Melayu bagi perkataan "update" ialah "kemas kini" Sila rujuk kamus terkini terbitan DBP, iaitu Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020: hlm. 603 dan 1035) "Fon kepala" dan "kemas kini" dieja dua perkataan. Ejaan20.03.2023
Salam, saya ingin bertanya. Padanan untuk headphone ialah fonkepala. Earphone ialah fon telinga. Kenapa fonkepala dieja rapat manakala fon telinga dijarakkan? Terima kasih.

Dalam Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020: 603) fon kepala dan fon telinga dieja dua perkataan dan takrifannya adalah seperti yang berikut:

 

fon kepala

sepasang alat pendengar berupa cekak yg dipakai di kepala dgn bahagian pembesar suara dilekapkan pd kedua-dua belah telinga utk mendengar radio, perbualan telefon, rakaman muzik dsb

 

fon telinga

a sepasang alat pendengar yg disumbatkan pd lubang telinga atau diselitkan pd cuping telinga utk mendengar radio, perbualan telefon, rakaman muzik dsb

 

b alat bantu dengar yg diselitkan pd cuping telinga utk membantu pendengaran

Lain-lain02.07.2021

Kembali ke atas