Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ka.rat] | کارت

Definisi : selaput perang kemerah-merahan yg terbentuk pd besi oleh tindakan udara dan air: ~ besi; dimakan ~ berselaput dgn karat (rosak oleh karat); ~ hati ki perasaan jahat; berkarat 1. kena karat, ada karatnya: besi ~ besi yg sudah dimakan karat; 2. ki a) lama (tua); b) jahat; hati ~ jahat hatinya (perasaan­nya); mengaratkan menyebabkan (menjadi) ber­karat; karatan Jk 1. apa-apa yg telah berkarat (lama, tua); 2. ki a) buruk, lama, tua; b) jahat; pengaratan proses yg menyebabkan (menjadi) berkarat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.rat] | کارت

Definisi : 1. ukuran ketulenan emas (emas tulen ialah 24 karat); emas 20 ~ emas murni 20 bahagian dan logam-logam lain 4 bahagian; 2. unit berat bagi berlian, intan, mutiara; 3. ki mutu, nilai, kaliber (bkn orang). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.rat] | کارت

Definisi : Kl; mengarat mengangkat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.rat] | کارت

Definisi : selaput atau lapisan berwarna kemerah-merahan yg melekat pd besi dll (kerana terdedah pd udara dan air). berkarat dimakan karat; diselaputi karat: besi ~ berlaku apabila besi yg sudah dimakan karat. mengaratkan menyebabkan atau menjadikan berkarat. pengaratan proses (perbuatan) dimakan karat: ~ berlaku apabila besi berpadu dgn udara lembap. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ka.rat] | کارت

Definisi : 1 ukuran utk menentukan kadar emas: emas 24 ~ emas tulen (tidak bercampur); emas 20 ~ emas campuran yg terdiri drpd emas tulen 20 bahagian dan campurannya (logam-logam lain) 4 bahagian. 2 ukuran berat utk berlian (intan). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
karat (kata nama)
Bersinonim dengan selaput, kotoran, tahi, sisa, kerak;,
Kata Terbitan : berkarat, berkarat hati,

Puisi
 

Asap api jauh ke darat,
     Tempat orang menganyam kulit;
Hina besi kerana karat,
     Hina dagang tidak berduit.


Lihat selanjutnya...(3)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KELULI TAHAN KARAT

Keluli tahan karat ialah nama kumpulan keluli

aloi yang tahan terhadap pengaratan dan bentuk

kakisan lain. Sebagai kumpulan, keluli tahan karat

kelihatan menarik dan mudah disenggara. Keluli

jenis ini menunjukkan keutuhan dan kemuluran

yang luar biasa dan unik dari segi ketahanan umum

terhadap cuaca serta kebanyakan jenis bahan

pengakis lain. Kebanyakan keluli tahan karat yang

digunakan di kediaman digilap dengan baik dan

kelihatan bersinar bak perak tetapi keemasan ini

tidak diperlukan untuk menghalang kakisan. Keluli

dengan lapisan tahan karat pula biasanya ialah

keluli biasa yang disadur dengan selapisan keluli

tahan karat pada satu bahagian atau kedua-dua

bahagian permukaannya.

UMUM 
KARAT

Karat ialah sukatan yang digunakan oleh tukang

emas untuk menimbang batu permata. Istilah ini

berasal dari perkataan Arab, carat, yang bermakna

kacang atau biji.

UMUM 
KAIN KARAT

KAIN KARAT, kain yang ditenun dengan ‘kek’ atau alat tenunan. ‘Karat’ dalam kelengkapan peralatan menenun ialah sejenis jentera dan kayu pemijak bagi mengangkat benang loseng dan menyilangkan benang pakan. ‘Mengarat’ bermakna mengangkat setiap lembar benang loseng bagi menghasilkan satu tenunan sama ada tenunan tabi atau twil.

BUDAYAKraf Tangan
TITANIUM

Titanium ialah unsur kimia dengan simbol Ti : Ia

adalah logam yang ringan, berwarna kelabu perak.

Nombor atomnya ialah 22, dan berat atomnya ialah

47.88. Ketumpatan titanium adalah antara ketumpatan

aluminium dengan keluli tahan karat. Ia melebur

pada 1667 ° C ( _ 10 ° C) dan mendidih pada 3287 ° C.

Titanium tahan terhadap kakisan atau karat air laut

atau udara laut dan juga sebaik platinum dan lebih

baik daripada keluli tahan karat. Banyak asid dan

alkali yang mengakis tidak menjejaskan titanium.

UMUM 
NUMBAT

Numbat ialah marsupial Australia, sebesar tikus

besar. Badannya mempunyai jalur berwarna yang

menyerlah dan ekornya berbulu lebat. Bahagian

atas numbat berwarna merah karat dan bahagian

bawahnya putih. Kaki belakang ketiga disilangi

oleh kira-kira enam jalur putih; satu jalur hitam

terentang pada mata dari muncung ke telinga.

UMUM 
KAIN MASTULI

KAIN MASTULI, kain tenunan Melayu yang kasar dan kuat. Penenun Kelantan menyebut kain mastuli sebagai kain karat kuping atau kain karat pat, kain buntut siput dan kain mastuli jala. Bagaimanapun di Terengganu, Pahang dan Johor, kain ini memang disebut sebagai kain mastuli.

BUDAYAKraf Tangan
SAARINEN, EERO

Saarinen, Eero (1910–1961), arkitek Amerika

yang terkenal kerana idea yang berani untuk seni

arca raksasa. Pada tahun 1948, reka bentuk gerbang

keluli yang tahan karat ciptaannya memenangi

peraduan untuk peringatan di St. Louis, Missouri.

Gerbang tersebut siap pada tahun 1965. Saarinen

memperoleh pengiktirafan yang terbesar untuk

bangunan kerangka keluli berbentuk kotak untuk

Pusat Teknik General Motors (1945–1956) di

Warren, Michigan. Auditorium Kresge (1953–1956)

di Institut Teknologi Massachusetts pula ialah

kubah konkrit bertetulang dengan hanya tiga

tempat topangan. Sementara Terminal Sistem

Penerbangan Trans World (1956 –1962) di Lapangan

Terbang Antarabangsa Kennedy di New York

menggunakan konkrit bertetulang berbentuk

sayap.

UMUM 
OKSIDA

Oksida ialah sebatian kimia yang terdiri daripada

oksigen dengan beberapa unsur lain. Oksida

biasanya terbentuk apabila unsur teroksida.

Contohnya, pembakaran karbon yang ada dalam

batu arang atau kayu mengeluarkan karbon

dioksida (CO 2 ) dan karbon monoksida (CO).

Pembakaran adalah pengoksidaan cepat. Karbon

dioksida juga terbentuk melalui proses

pengoksidaan perlahan dalam sel haiwan, dan

dihembus keluar daripada paru-paru. Pengaratan

besi ialah pengoksidaan perlahan. Karat

mengandungi ferik oksida (Fe 2 O 3 ).

UMUM 
AMINA

Amina ialah nama kumpulan bes organik lemah

yang sama dengan ammonia dari segi strukturnya.

Ahli kimia membentuk amina dengan

menggantikan satu atau lebih daripada tiga atom

hidrogen pada ammonia dengan mana-mana

kumpulan struktur organik yang mengandungi

karbon dan hidrogen. Apabila dineutralkan oleh

asid, amina membentuk garam (lihat Garam;

Kimia ). Amina digunakan secara komersial sebagai

pelarut dan juga dalam pembuatan bahan pencuci,

pencelup, racun herba, ubat, bahan pencuci filem

fotograf, dan perencat karat.

UMUM 
MUHD. MANSUR ABDULLAH MUHD. MANSUR ABDULLAH (1945-    ), penulis dan sarjana. Dia lahir pada 21 Februari 1945 di Kampung Sungai Durian, Teluk Intan, Perak. Muhd. Mansur memakai beberapa nama pena seperti M.Ashikin, Bang Seman, M.Masriah, Mak Uda dan Kak Nab untuk ruangan pojok ”Tanjung Oh Tanjung” dalam akhbar Mingguan Timur, ”Paku Karat” dalam akhbar Watan dan majalah Alam Wanita. Dia mendapat pendidikan rendah di Sekolah Melayu Sungai Durian dan Sekolah Umum Batak Rabit, Teluk Intan, Perak. Kemudian dia melanjutkan pelajarannya di Anglo Chinese School dan di Goverment English Schol (Sekolah Menengah Sultan Abdul Aziz), Teluk Intan, sebelum terpilih meneruskan pelajarannya di Sekolah Datuk Abdul Razak, Tanjung Malim, Perak. SASTERATokoh
12

Kembali ke atas