Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ka.rat] | کارت

Definisi : selaput perang kemerah-merahan yg terbentuk pd besi oleh tindakan udara dan air: ~ besi; dimakan ~ berselaput dgn karat (rosak oleh karat); ~ hati ki perasaan jahat; berkarat 1. kena karat, ada karatnya: besi ~ besi yg sudah dimakan karat; 2. ki a) lama (tua); b) jahat; hati ~ jahat hatinya (perasaan­nya); mengaratkan menyebabkan (menjadi) ber­karat; karatan Jk 1. apa-apa yg telah berkarat (lama, tua); 2. ki a) buruk, lama, tua; b) jahat; pengaratan proses yg menyebabkan (menjadi) berkarat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.rat] | کارت

Definisi : 1. ukuran ketulenan emas (emas tulen ialah 24 karat); emas 20 ~ emas murni 20 bahagian dan logam-logam lain 4 bahagian; 2. unit berat bagi berlian, intan, mutiara; 3. ki mutu, nilai, kaliber (bkn orang). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.rat] | کارت

Definisi : Kl; mengarat mengangkat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.rat] | کارت

Definisi : selaput atau lapisan berwarna kemerah-merahan yg melekat pd besi dll (kerana terdedah pd udara dan air). berkarat dimakan karat; diselaputi karat: besi ~ berlaku apabila besi yg sudah dimakan karat. mengaratkan menyebabkan atau menjadikan berkarat. pengaratan proses (perbuatan) dimakan karat: ~ berlaku apabila besi berpadu dgn udara lembap. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ka.rat] | کارت

Definisi : 1 ukuran utk menentukan kadar emas: emas 24 ~ emas tulen (tidak bercampur); emas 20 ~ emas campuran yg terdiri drpd emas tulen 20 bahagian dan campurannya (logam-logam lain) 4 bahagian. 2 ukuran berat utk berlian (intan). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
karat (kata nama)
Bersinonim dengan selaput, kotoran, tahi, sisa, kerak;,
Kata Terbitan : berkarat, berkarat hati,

Puisi
 

Asap api jauh ke darat,
     Tempat orang menganyam kulit;
Hina besi kerana karat,
     Hina dagang tidak berduit.


Lihat selanjutnya...(3)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
menjalin karatmenjalin karatKesenianTiadaProses mengemaskan bahagian atas karat dengan mengikat benang karat berberkas dengan benang asing pada geligin supaya kukuh.
karatkaratKesenianTiadaBahagian badan kek yang terdiri daripada benang asing dan dua pasang geligin yang berfungsi untuk menurun dan menaikkan benang lungsin. Sebuah kek mempunyai sepasang karat.
tali gantung kayu pijak karattali gantung kayu pijak karatKesenianTiadaBahagian badan kek yang berupa sepasang tali yang menggantungkan kayu pijak karat pada karat.
papan karatpapan karatKesenianTiadaAlat bantu membuat karat yang berupa papan pendek, pada tepi atasnya beralur tempat meletakkan geligin, yang digunakan untuk memandu ukuran lilit gelung benang karat.
pijak karatpijak karatKesenianTiadaBahagian kawah badan kek yang berupa kayu yang digantung pada karat dan dipijak untuk menaikkan dan menurunkan karat semasa menenun.
injak karatinjak karatKesenianTiadaBahagian bawah badan kek yang berupa kayu yang digantungkan pada karat dan dipijak untuk menaikkan dan menurunkan karat semasa menenun.
jejak karatjejak karatKesenianTiadaBahagian bawah badan kek yang berupa kayu yang digantungkan pada karat dan dipijak untuk menaikkan dan menurunkan karat semasa menenun.
kayu pijak karatkayu pijak karatKesenianTiadaBahagian bawah badan kek yang berupa kayu yang digantungkan pada karat yang dipijak untuk menaikkan dan menurunkan karat semasa menenun.
benang karatbenang karatKesenianTiadaBahagian karat yang berupa benang asing yang diregangkan berpanca antara dua pasang anak geligin sebagai pemegang benang lungsin.
geligingeliginKesenianTiada1. Bahagian karat yang berupa kayu nibung yang digunakan untuk mengait dan meregangkan benang karat. Satu karat mempunyai dua pasang geligin.
12345678910...

Kembali ke atas