Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.lua.ran] | کلوارن

Definisi : 1. yg dikeluarkan (dihasilkan): beliau menyeru rakyat supaya lebih banyak membeli barang-barang ~ dlm negeri; 2. yg diterbitkan (bkn buku, majalah, dsb): majalah ~ bulan lepas; 3. yg telah lulus dr (maktab dsb), yg terdidik atau terlatih di, lepasan: guru-guru ~ maktab latihan dan universiti; orang ~ a) orang yg tidak ada sangkut paut, orang yg tidak termasuk dlm atau berkaitan dgn sesuatu (perkara, kumpulan, dll), orang luar; b) sl orang yg di luar golongan (ling­kungan) istana: akan anakanda ini terlalulah sekali baik parasnya pd hati beta tiada patut ia bersuami orang ~; ~ negara (Eko) jumlah nilai barang dan perkhidmatan yg dikeluarkan oleh unit ekonomi dlm sesebuah negara dlm satu tempoh tertentu, biasanya setahun; ~ negara bersih (Eko) nilai semua barang dan perkhidmatan akhir pd kos faktor dlm satu tempoh tertentu setelah ditolak susut nilai; ~ negara kasar (Eko) nilai semua barang dan perkhidmatan akhir pd harga pasaran dlm satu tempoh tertentu sebelum ditolak susut nilai; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.lua.ran] | کلوارن

Definisi : (sesuatu) yg dikeluarkan, dihasilkan, diterbitkan dll: majalah ~ bulan Mei. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
keluar (kata kerja)
1. Bersinonim dengan pergi: berangkat, beredar, berlalu, bergerak, berganjak,
Berantonim dengan masuk

2. Bersinonim dengan muncul: timbul, terpacul, terpacak, menjelma, terjengul, menjengul,
Berantonim dengan lesap

3. Bersinonim dengan mengalir: terbit, terpancar, terpancut,

4. Bersinonim dengan diumumkan: disiarkan, diterbitkan, dipasarkan, dijual, diedarkan,

5. Bersinonim dengan dilafazkan: diucapkan, diluahkan, dilahirkan, terhambur,

6. Bersinonim dengan berhenti: menarik diri

Kata Terbitan : mengeluarkan, terkeluar, keluaran, pengeluaran, pengeluar,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
LILIN HAIWAN

Lilin haiwan digunakan bersendirian atau

diadunkan dengan lilin petroleum untuk membuat

dian, penggilap, dan keluaran-keluaran lain.

UMUM 
NILON

Nilon ialah istilah umum bagi kumpulan barang

keluaran sintetik (tiruan). Barang keluaran ini

diperbuat daripada bahan kimia yang diperoleh

daripada batu arang, air, udara, petroleum, keluaran

sampingan pertanian, dan gas asli. Nilon adalah salah

satu penemuan kimia yang paling penting. Ia

merupakan bahan elastik yang teguh yang boleh

dibentuk menjadi gentian, bulu, kepingan, rod, dan

tiub. Ia juga boleh dibuat dalam bentuk serbuk bagi

kegunaan dalam operasi yang menggunakan acuan.

UMUM 
REKA BENTUK PERINDUSTRIAN

Reka bentuk perindustrian ialah proses

merancang serta mengembangkan keluaran dan

sistem. Pereka bentuk perindustrian mencipta

keluaran untuk membentuk sesuatu tugas khusus.

Keluaran mestilah menarik serta selamat, boleh

diharap, dan mudah diselenggara. Keluaran itu

hendaklah mudah dan tidak mahal untuk dibuat

atau dikeluarkan. Pereka bentuk perindustrian

mestilah menggabungkan kebolehan seni dengan

pengetahuan tentang ilmu kejuruteraan, kos,

bahan, proses pembuatan, dan keadaan pasaran.

UMUM 
KELUARAN DALAM NEGARA KASAR (KDNK)

Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)

ialah nilai semua barangan dan perkhidmatan yang

dikeluarkan dalam sesebuah negara sepanjang

sesuatu tempoh. Ia merupakan salah satu ukuran

paling meluas digunakan bagi melihat prestasi

ekonomi keseluruhan sesebuah negara dalam satu

tahun.

UMUM 
TANAMAN

Tanaman ialah sejumlah besar tumbuhan daripada

sebarang jenis yang ditanam untuk kegunaan

manusia. Tanaman yang ditanam sebagai makanan

manusia disebut tanaman makanan . Tanaman yang

dimakan haiwan dinamakan tanaman makanan

haiwan . Tanaman lain yang dinamakan tanaman serat,

menghasilkan serat untuk dibuat pakaian dan

keluaran-keluaran lain. Tanaman tertentu ditanam

untuk menghiasi persekitaran manusia.

UMUM 
TIMAH

Timah ialah unsur kimia dengan simbol Sn. Ia

adalah logam putih yang telah digunakan oleh

manusia sejak zaman dahulu. Kegunaan timah

paling awal yang diketahui adalah pada lebih

kurang tahun 35 000 S.M. di kota Ur di selatan

Mesopotamia (kini Iraq). Penduduk Ur membuat

barang daripada gangsa, iaitu aloi timah dan

tembaga. Kini, timah digunakan terutamanya dalam

pengeluaran plat timah, yang terdiri daripada keluli

bersalut timah yang benar-benar nipis di kedua-dua

belahnya. Kebanyakan plat timah dijadikan tin

timah untuk pembungkusan makanan dan

keluaran-keluaran lain.

UMUM 
POLIETILENA

Polietilena ialah polimer sintetik yang utama,

iaitu bahan penting dalam plastik. Keluaran plastik

polietilena termasuk beg plastik dan bekas untuk

susu dan minyak. Kira-kira satu per tiga daripada

keluaran polimer sintetik adalah polietilena.

UMUM 
TAR

Tar ialah mana-mana kumpulan cecair yang pekat,

berminyak, berwarna perang tua atau hitam.

Kebanyakan tar adalah keluaran sampingan proses

penukaran bahan organik seperti batu arang,

petroleum atau kayu menjadi keluaran

perindustrian yang berguna.

UMUM 
PARAFIN

Parafin ialah keluaran petroleum yang penting,

yang digunakan terutamanya sebagai bahan api. Pada

satu masa dahulu, lampu parafin ialah sumber

utama lampu artifisial. Dalam industri petroleum,

keluaran ini kadangkala dikenali sebagai kerosin. Ia

dikenali sebagai kerosen di Amerika Utara atau

apabila digunakan sebagai bahan api bagi enjin kapal

terbang. Lihat Kerosin.

UMUM 
MIL OAT

Mil oat ialah keluaran makanan yang dibuat

daripada oat. Ia biasanya dimakan sebagai bijirin

sarapan yang dimasak yang dinamakan bubur. Mil

oat dibuat dengan membuang sekam luar isirung

oat. Groat atau bahagian dalam isirung, dilecek

untuk menanggalkan kulit luarnya. Kemudian, ia

dikukus sebahagiannya masak, dan digelek untuk

membentuk emping. Mil oat segera dimasak,

didapati apabila groat dipotong menjadi kepingan

yang lebih kecil sebelum digelek menjadi emping.

Mil oat adalah sumber vitamin B dan zat besi

yang baik. Satu cawan (240 gram) bubur mil oat

mengandungi kira-kira 23 gram karbohidrat, lima

gram protein, dua gram lemak. Satu cawan terdiri

daripada kira-kira 85 peratus air dan mempunyai

130 kalori.

UMUM 
12345678910

Kembali ke atas