Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.lua.ran] | کلوارن

Definisi : 1. yg dikeluarkan (dihasilkan): beliau menyeru rakyat supaya lebih banyak membeli barang-barang ~ dlm negeri; 2. yg diterbitkan (bkn buku, majalah, dsb): majalah ~ bulan lepas; 3. yg telah lulus dr (maktab dsb), yg terdidik atau terlatih di, lepasan: guru-guru ~ maktab latihan dan universiti; orang ~ a) orang yg tidak ada sangkut paut, orang yg tidak termasuk dlm atau berkaitan dgn sesuatu (perkara, kumpulan, dll), orang luar; b) sl orang yg di luar golongan (ling­kungan) istana: akan anakanda ini terlalulah sekali baik parasnya pd hati beta tiada patut ia bersuami orang ~; ~ negara (Eko) jumlah nilai barang dan perkhidmatan yg dikeluarkan oleh unit ekonomi dlm sesebuah negara dlm satu tempoh tertentu, biasanya setahun; ~ negara bersih (Eko) nilai semua barang dan perkhidmatan akhir pd kos faktor dlm satu tempoh tertentu setelah ditolak susut nilai; ~ negara kasar (Eko) nilai semua barang dan perkhidmatan akhir pd harga pasaran dlm satu tempoh tertentu sebelum ditolak susut nilai; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.lua.ran] | کلوارن

Definisi : (sesuatu) yg dikeluarkan, dihasilkan, diterbitkan dll: majalah ~ bulan Mei. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
keluar (kata kerja)
1. Bersinonim dengan pergi: berangkat, beredar, berlalu, bergerak, berganjak,
Berantonim dengan masuk

2. Bersinonim dengan muncul: timbul, terpacul, terpacak, menjelma, terjengul, menjengul,
Berantonim dengan lesap

3. Bersinonim dengan mengalir: terbit, terpancar, terpancut,

4. Bersinonim dengan diumumkan: disiarkan, diterbitkan, dipasarkan, dijual, diedarkan,

5. Bersinonim dengan dilafazkan: diucapkan, diluahkan, dilahirkan, terhambur,

6. Bersinonim dengan berhenti: menarik diri

Kata Terbitan : mengeluarkan, terkeluar, keluaran, pengeluaran, pengeluar,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
logarithmic multiplierpendarab logaritmaKejuruteraanTiadaPendarab yang setiap pemboleh ubah dikenakan kepada penjana fungsi logaritma, dan keluaran-keluaran ditambah dan dikenakan kepada penjana fungsi eksponen, untuk mendapatkan keluaran yang berkadar dengan hasil darab dua masukan berkenaan.
primary productkeluaran primer; keluaran utamaGeografiTiadaKeluaran yang belum diproseskan, seperti bahan mentah.
back issuekeluaran kebelakangan; keluaran prakiniPerpustakaanTiadaKeluaran terbitan berkala yang mendahului bilangan semasa.
pioneer statustaraf perintisEkonomiTiadaInsentif untuk menggalakkan pelaburan dengan cara memberi kebebasan cukai pendapatan sepenuh atau sebahagiannya kepada syarikat yang diberi taraf perintis. Biasanya syarikat yang diberi taraf perintis ialah syarikat yang bertujuan mengeluarkan keluaran-keluaran atau menjalankan aktiviti baru yang telah dikenal pasti oleh kerajaan sebagai keluaran yang penting untuk digalakkan pengeluarannya dalam negara.
product repositioningpeletakan semula keluaranPentadbiranTiadaProses mengubah tanggapan pengguna tentang sesuatu keluaran berbanding keluaran lain.
nonmetallic mineral productskeluaran mineral bukan logamEkonomiTiadaKeluaran mineral yang tidak diperbuat daripada logam, seperti keluaran tembikar dan kaca, simen dan keluaran tanah liat, tidak termasuk keluaran petroleum, gas dan arang batu.
innovationinovasi/reka baruEkonomiTiada2. Pengenalan keluaran baru supaya dapat diniagakan sama ada dilihat dari segi jenis keluaran, gunaan keluaran, perkhidmatan yang diberikan atau cara-cara baru untuk mengeluarkannya. Proses inovasi ini bermula dengan ciptaan yang kemudiannya digunakan secara komersial setelah diuji, dimajukan, dan dikeluarkan untuk jualan.
prodcut line princingpenentuan harga baris keluaranPentadbiranTiadaStrategi menetapkan harga yang membezakan harga antara pelbagai keluaran dalam barisan keluaran berasaskan perbezaan kos, penilaian pelanggan tentang ciri-ciri keluaran dan harga pesaing.
prodcut imagecitra keluaranPentadbiranTiadaGambaran sesuatu keluaran sebenar atau keluaran potensi dari perspektif pengguna.
prodcut developmentpembangunan keluaranPentadbiranTiadaStrategi pertumbuhan syarikat dengan menawarkan keluaran yang diubahsuai atau keluaran baharu kepada petak pasaran semasa.
12345678910...

Kembali ke atas