Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : keras hati (tidak mahu menurut kata, nasihat atau tunjuk ajar orang); (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ki tidak mahu mengikut nasihat; keras hati. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kepala (kata nama)
1. Bersinonim dengan jemala: tendas, akal, otak, fikiran, minda,

2. Bersinonim dengan ketua: pemimpin, penghulu, pengurus, pengelola, kapten, batin, pengarah, penggawa, mandur, penyelia, majikan, presiden, raja, imam, penasihat, guru, pemandu, khalifah, lurah, gabenor, nakhoda, juragan, jurumudi, panglima, hulubalang, sintua, juara, tekong,

3. Dalam konteks surat
bersinonim dengan tajuk, pendahuluan, permulaan,

4. Dalam konteks perkiraan
bersinonim dengan orang, individu,

5. Bersinonim dengan tangkai: hulu, pemegang,

Kata Terbitan : berkepala, berkepalakan, mengepalai,

Puisi
 

Jak jeti murai batu,
     Kereta ekor potong kepala;
Kalau kudapat kemudi itu,
     Kutabur urai tujuh kuala.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Keras bagai batu,
     tinggi bagai langit.

Bermaksud :

Tiada mahu menurut perintah; keras kepala.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalam Tuan, Saya keliru dalam menggunakan ialah dan adalah. Harap dapat tuan beri pencerahan. Disertakan teks di bawah. Terima kasih. Suhaimi. Rekabentuk kulit buku ini adalah artefak jumpaan batu nisan Aceh di Selangor. Nisan batu Aceh ini dijumpai di tapak Kampung Kedah, Kuala Selangor. (N 03° 22’ 095”- E 101° 17’ 692) Berdasarkan dari bentuk nisan batu Aceh ini adalah dari tipologi L. Pemilihan artefak ini sebagai gambar kulit depan buku adalah berdasarkan daripada keunikan bentuk dan motif batu nisan. Ini adalah bagi memaparkan nisan batu Aceh dari tipologi L kerana sebelum ini penerbitan berkaitan nisan batu Aceh umumnya memaparkan tipologi C. Paparan gambar batu nisan Aceh ini diambil secara insitu, seperti mana keadaan sebenar nisan batu Aceh di tapak. Secara visual gambar yang dipaparkan adalah tidak secara menyeluruh tetapi hanya menunjukkan dengan jelas bahagian puncak dan kepala nisan Batu Aceh yang mempunyai motif teratai. Bentuk dan keterangan lanjut mengenai nisan batu Aceh ini akan dipersembahkan dalam buku ini.

Berikut ayat yang telah dibetulkan penggunaan tatabahasa:

Reka bentuk kulit buku ini ialah artifak jumpaan batu nisan Aceh di Selangor. Batu nisan Aceh ini dijumpai di tapak Kampung Kedah, Kuala Selangor (N 03° 22’ 095”- E 101° 17’ 692). Berdasarkan daripada bentuk batu nisan Aceh ini adalah dari tipologi L. Pemilihan artifak ini sebagai gambar kulit depan buku berdasarkan kepada keunikan bentuk dan motif batu nisan. Perkara ini adalah bagi memaparkan nisan batu Aceh daripada tipologi L kerana sebelum ini penerbitan berkaitan nisan batu Aceh umumnya memaparkan tipologi C. Paparan gambar batu nisan Aceh ini diambil secara insitu, seperti keadaan sebenar batu nisan Aceh di tapak. Secara visual gambar yang dipaparkan tidak secara menyeluruh tetapi hanya menunjukkan dengan jelas bahagian puncak dan kepala nisan batu Aceh yang mempunyai motif teratai. Bentuk dan keterangan lanjut mengenai nisan batu Aceh ini akan dipersembahkan dalam buku ini.

Menurut tatabahasa bahasa Melayu kata pemeri hanya dua iaitu "adalah" dan "ialah". Dalam penggunaannya kata pemeri tidak boleh diikuti dengan kata kerja.  Ialah digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama, manakala adalah digunakan di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama seperti untuk, pada, dalam, dengan dan sebagainya.

Tatabahasa07.04.2015
Assalamualaikum, Sebahagian ayat berikut, saya petik daripada Kamus Dewan Edisi Keempat. Pertanyaan saya ialah, perkataan kena dalam setiap ayat tersebut tergolong dalam golongan kata apa? Sekian, terima kasih. 1. Lututnya luka kerana kena serpihan kaca sewaktu dia jatuh tadi. 2. Tikamannya itu kena pada bahu lawannya. 3. Dilemparkannya sebiji batu kena kepala anjing itu. 4. Semua jenis minuman keras kena cukai baharu. 5. Budak itu kena pukul oleh kumpulan pelajar nakal di sekolahnya. 6. Kalau kena harganya saya jual juga rumah iniAyat 1 hingga 4 ialah kata kerja, namun bukanlah dalam binaan yang gramatis kerana tidak diletakkan imbuhan seperti terkena serpihan kaca dan dikenakan cukai. Ayat 5, perkataan kena ialah kata kerja pasif. Ayat 6 lazimnya digunakan dalam bahasa percakapan. Ayat yang gramatis "kalau berpatutan harganya ...".Tatabahasa15.03.2017
apakah erti perkataan MUSTIKA. saya tidak terjumpa diperkhidmatan kamus, istilah, atau dimana juga, selain pantun.Ejaan yang betul bagi perkataan tersebut ialah 'MESTIKA'. Orang ramai lazim mengeja dan menyebutnya sebagai mustika atau mastika seperti yang terdapat dalam lirik lagu serta pantun. Mengikut kamus Dewan Edisi Keempat, mestika membawa maksud sejenis batu sakti yang terdapat dalam kepala ular dan lain-lain/geliga/gemala. Ia juga bermaksud permata yang bernilai (intan dll). Kalau digunakan sebagai kiasan, mestika juga boleh diertikan sebagai yang termolek/yang tercantik atau sesuatu yang disayangi.Makna29.12.2006
Salam sejahtera. Saya ingin bertanya tentang format penulisan alamat pengirim/penerima di dalam surat rasmi. Mengikut kawan saya, dia menyatakan, hanya daerah sahaja ditulis dalam huruf besar, tetapi negeri ditulis dalam huruf kecil. Sedangkan praktis kami sebelum ini adalah negeri ditulis di dalam huruf besar, manakala lain-lain ditulis dalam huruf kecil (termasuk daerah) Ini contoh prakftis yang kami amalkan buat masa ini: No. 6, Jalan Mutiara, 83000 Batu Pahat, JOHOR. Boleh saya tahu praktis manakah yang betul? Terima kasih.
Format surat rasmi mesti mempunyai bahagian kepala surat, badan (isi), dan penutup surat. Bahagian kepala surat mengandungi nama, logo dan alamat penuh instutusi, diikuti nama penerima, nombor fail, tarikh dan sapaan. bahagian badan bermula dengan perkara, para pertama (penanda wacana), para dua (isi utama), para tiga (isi tambahan), para empat (penutup). bahagian penutup mengandungi slogan, saya yang menjalankan tugas, tandatangan, nama, jawatan (b.p. jika perlu), dan parap. Format surat rasmi boleh dirujuk pada Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2007, halaman 43 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam . Semua jabatan dalam sektor awam, termasuk DBP  merujuk pekeliling ini.

Untuk makluman saudara, dalam surat rasmi, nama dan alamat pengirim hendaklah diikuti dengan tanda baca koma dan diakhiri dengan noktah kerana ini merupakan satu ayat lengkap. Nama negeri hendaklah dibuat huruf tebal (Bold) tetapi ada gaya yang membuat huruf tebal bagi poskod dan daerah. Gaya ini bergantung pada ketetapan sesebuah institusi. Dalam konteks ini, penulisan daerah dalam surat yang selalu ditemui ialah "... 50460 Kuala Lumpur." dan "... 50460 KUALA LUMPUR." adalah betul. Tuan boleh membuat pilihan bentuk yang hendak digunakan dan penggunaannya hendaklah tekal dalam semua surat.



Lain-lain22.08.2021
Aslm tuan, saya ada soalan berkaitan etimologi bagi "rusiga". Adakah rusiga ini sebenarnya kependekan bagi "rumput segi tiga"? Selain itu, saya ingin bertanya tentang padanan rasmi bagi "rush", iaitu sejenis tumbuhan bak rumput dalam keluarga Juncaceae. Adakah purun boleh dipakai?1. Menurut Kamus Dewan Perdana (KDP) (DBP, 2020) rusiga ialah tumbuhan jenis herba daripada famili Cyperaceae yang batangnya bersegi, bulat atau leper serta kasar, akarnya menjalar, daunnya runcing, bunganya halus berjambak dan berbeza-beza mengikut jenis, biasanya tumbuh di kawasan lapang dan kering, mis rumput sendayan. Tidak terakam asal usul kata rusiga ini daripada kependekan rumput segi tiga. Frasa rumput segi tiga juga tidak dijadikan entri/frasa dalam KDP.

2. purun 1;  purun danau ialah rumput sendayan yang hidup di dalam paya atau air yang cetek, dan ditanam di beberapa bahagian di Borneo untuk dijadikan tikar dan bungkusan barang; Lepironia articulata;

purun tikus
ialah rumput sandang; Fimbristylis globulosa.

rumput sandang
ialah rumput yg berbatang leper, agak tinggi, banyak terdapat di kawasan tanah rendah dan lembap, dan batangnya yang dikeringkan boleh dijadikan bahan anyaman; purun tikus; Fimbristylis globulosa.

purun
2 ► rumput purun batu

rumput puruh batu
atau rumput purun batu ialah rumput kepala lalat (tumbuhan); Fimbristylis dichotoma.

rumput kepala lalat ialah rumput sederhana tinggi yang tumbuh berumpun, bunganya berjambak di tengah rumpun, berdaun tirus dan biasanya berbulu, hidup liar di kawasan lapang, boleh dijadikan baja hijau, dan tumbuhan ini boleh dijadikan makanan binatang ternakan; rumput para-para; rumput purun batu; Fimbristylis dichotoma.

Berdasarkan senarai kata dalam PRPM dan KDP, tiada padanan tepat bagi rush yang berkaitan dengan sejenis rumput. Kata purun atau frasanya hanya boleh digunakan jika nama saintifik tumbuhan/rumput tersebut sama seperti yang tersebut di atas.
Makna04.09.2023
1.PERLANGGARAN ATAU PELANGGARAN 2.APAKAH PERBEZAAN MENIDURKAN DAN MENIDURI 3.BAGAIMANAKAH PENGGUNAAN DISEBABKAN OLEH DAN OLEH KERANA

Puan Norfaharin,

Sekira puan merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, puan akan mengetahui perbezaan perkataan pelanggaran, pelanggaran, menidurkan dan meniduri.  Bersama-sama ini disertakan pentakrifan kata-kata tersebut seperti yang berikut: 

  • perlanggaran

    perihal (kejadian dsb) berlanggar (antara kenderaan, kenderaan dgn orang, dll): kereta itu terlibat dlm ~ dgn sebuah lori di batu empat jalan Kuantan-Gambang;
  • pelanggaran

    1. perihal melanggar (menyerang, menyerbu, dsb): ~ orang kafir terhadap orang Islam itu telah dapat dipatahkan; 2. perihal menentang perbuatan dsb atau tidak mematuhi (undang-undang, peraturan, adat, dll): ~ disiplin berlaku kerana murid-murid tidak menghormati peraturan sekolah.
  • meniduri

    1. tidur (berbaring) di: di atas bangku yg di kejauhan sana, nampak gadis ~ pangkuan pacarnya; 2. bersetubuh dgn, menyetubuhi;
  • menidurkan

    1. membuat supaya tidur, membaringkan supaya tidur: sesudah ~ anaknya barulah dapat ia bersenang-senang; 2. membaringkan, merebahkan: kemudian hendaklah ditidurkan pasu itu supaya batang pokok itu sekarang mengarah ke tepi; 3. ki menjadikan lalai (cuai, tidak bersemangat, dll), melalaikan: janganlah kita ~ kembali masyarakat kita yg sudah mulai sedar sekarang; 4. menyembuhkan (menghilangkan dll) dgn tidur: ~ pening kepala;
  • Penggunaan "oleh kerana" tidak tepat kerana kata 'oleh' merupakan kata sendi dan "kerana" juga merupakan kata sendi. Oleh itu, frasa yang betul ialah "oleh sebab" dan bukan 'oleh kerana'. Kata 'sebab' ialah kata nama.

    Tatabahasa18.03.2009

    Kembali ke atas