kepala otak | bk sj makian; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
memecahkan kepala (otak) | a) memerah otak; b) susah sekali; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
otak benak | isi kepala; otak. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
benak I | 1 isi tulang yg berwarna merah kehitam-hitaman; sumsum. 2 = otak ~ isi kepala; otak. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
benak | 1. isi tulang yg berwarna merah kehitam-hitaman; sumsum. 2. = otak ~ isi kepala; otak. | Kamus Pelajar |
benak I | 1. sumsum (isi tulang): ~ tulang; 2. = otak ~ otak (isi kepala): yg pasti dlm ~ku ialah aku tidak melaporkan hal itu; menghisap (mencarak, mencucup) ~ ki menghisap darah (mengambil banyak keuntungan drpd orang); membelah ~ (bkn sinar matahari) panas sekali;berbenak berotak; tidak ~ tidak mempunyai otak, bodoh sekali. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tempurung I | 1. kulit yg keras pd beberapa jenis buah (terutama kulit buah kelapa): senduk itu dibuat drpd ~ kelapa; 2. kulit kelapa yg keras yg dibelah dua (utk bekas air dll), batok, geluk: pengemis-pengemis itu menghulurkan ~ mereka kpd orang-orang yg lalu di depan mereka; 3. sesuatu yg menyerupai tempurung; ~ betina belahan tempurung yg di sebelah bawah; ~ jantan belahan tempurung yg di sebelah atas; ~ kepala = ~ otak tulang kepala yg melindungi otak; ~ lutut tulang bulat pd lutut di sebelah depan, Patella rotula; ~ rebab badan rebab (biasanya drpd tempurung). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tengkorak I | tulang kepala (yg mengandungi otak), batok kepala, tempurung kepala. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
otak benak | otak (isi kepala): yg pasti dlm ~ku ialah aku tidak melaporkan hal itu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
memecahkan | 1. menjadikan pecah, menyebabkan menjadi kepingan-kepingan dsb yg lebih kecil, menyebabkan sesuatu atau sebahagian drpd sesuatu pecah: budak itu telah ~ cermin tingkap mereka; kecurian tak boleh berlaku sebelum pintu atau tingkap dipecahkan; 2. memecah-belahkan, mencerai-beraikan, membahagi-bahagi(kan), menghuraikan (ayat dll): mereka hendak ~ perpaduan nasional; harta dipecahkan menjadi empat bahagian; ~ cerita kpd komponennya; pecahkan 893 025 menjadi pengisi tunggal; 3. merosakkan (kesunyian), memusnahkan (sesuatu suasana): bunyinya itu ~ suasana sunyi di tengah rimba; 4. menyiarkan (berita, rahsia); 5. menyelesaikan membuat kepastian (ketetapan dll) bkn sesuatu soal (kerumitan dll): masalah itu sukar sekali hendak dipecahkan; mukanya keruh memikirkan sesuatu yg tidak dapat dipecahkan; 6. sl mengalahkan: maka Tun Pikrama digelar baginda Paduka Tuan dianugerahi ia Buru oleh jasanya ~ Pasai itu; ~ kepala (otak) a) memerah otak; b) susah sekali; ~ rekod = ~ rekor Id membaiki atau mengatasi rekod yg telah ada; ~ telinga sangat kuat bunyinya (suaranya); | Kamus Dewan Edisi Keempat |