Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.sal] | کسل

Definisi : 1. berasa kecewa atau tidak senang hati (di atas sesuatu perkara, perbuatan, dll), berasa sebal, berasa jengkel: penduduk-penduduk di situ ~ kerana tidak ada hospital atau klinik di daerah itu; katanya ia tidak ~ tentang apa yg berlaku ke atas dirinya kerana itu adalah suatu takdir; 2. perasaan kecewa (sesal, tidak senang hati), perasaan jengkel: ia mengisahkan dgn ~ tentang perceraiannya dgn isterinya; mereka berbuat sesuatu dgn tidak berfikir, kemudian timbul pula ~; mengesali berasa kesal (tidak senang) akan: menteri itu ~ sikap setengah-setengah parti pembangkang dlm hal ini; beliau ~ pergaulan bebas pemuda-pemudi; mengesalkan menyebabkan berasa kesal (kecewa, tidak senang hati), menimbulkan (membangkitkan) kesal: hal itu sangat ~ hati mereka berdua; kesalan rasa kesal: raut mukanya yg berkerut-kerut itu menunjukkan ~nya di atas segala-gala yg telah berlaku; kekesalan perihal (perasaan) kesal, keke­cewaan, kesebalan, kejengkelan: mereka yg tidak berjaya kembali dgn penuh ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.sal] | کسل

Definisi : , = ~ hati berasa tidak senang hati atau berasa kecewa kerana sesuatu perkara atau perbuatan; berasa sebal; berasa kecewa bercampur marah; masyghul: Dia ~ kerana permohonannya utk masuk ke universiti ditolak. mengesali berasa kesal atau berasa kecewa akan: Beliau ~ tindakan pemuda-pemuda liar itu. mengesalkan menimbulkan rasa kesal; menyebalkan: Perbuatan mereka yg tidak sopan itu sangat ~nya. kekesalan perasaan tidak senang hati atau perasaan kecewa; kesebalan: Tindakan guru yg membabi buta itu telah menimbulkan ~ di hati murid-murid. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kesal (adjektif)
Bersinonim dengan sesal, ralat, berat hati, tidak sedap hati, pegal hati, kecewa, musykil, tidak puas hati, pedar hati;,
Kata Terbitan : kekesalan, menyesali,

Puisi
 

Kalau ubi hendak dijual,
     Jual sekali pegaga di sawah;
Berdetak di hati terbit kesal,
     Manalah terduga akannya padah.


Lihat selanjutnya...(4)

Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
ruefuladj penuh kesal: a ~ face, wajah penuh kesal; he looked at the results with a ~ smile, dia memandang keputusan itu dgn senyuman penuh kesal.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
chagrinn (berasa) kesal: much to his ~, she turned him down, dia berasa kesal apabila gadis itu menolak lamarannya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
chagrinvt; /be, feel/ ~ed, berasa kesal: he was ~ed at his own carelessness, dia berasa kesal krn kecuaiannya.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
lamentn 1. expression of regret, grief, rasa kesal yg mendalam: an oft heard ~, rasa kesal yg mendalam yg sering kedengaran; 2. poem, song expressing grief, lagu sedih, /puisi, lagu/ /ratapan, rintihan/, alegi;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
lamentn 1. expression of regret, grief, rasa kesal yg mendalam: an oft heard ~, rasa kesal yg mendalam yg sering kedengaran; 2. poem, song expressing grief, lagu sedih, /puisi, lagu/ /ratapan, rintihan/, alegi;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
penitent adj kesal, insaf; ( relig ) bertaubat: he wrote her a ~ letter, dia menulis surat taubatnya kpd gadis itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
penitential adj ( fml ) utk /bertaubat, kesal, insaf/: he decided to go on a ~ pilgrimage, dia mengambil keputusan utk pergi menunaikan haji utk bertaubat.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
penitent n one who is repentant, (orang yg) /bertaubat, kesal, insaf/.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
sackclothn (coarse cloth) kain guni; /in, wearing/ ~ and ashes, dgn rasa sedih dan kesal.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
intendI’m sorry he was hurt; it wasn’t at all what I had ~ed, saya kesal dia berasa tersinggung; saya sekali-kali tdk bermaksud berbuat begitu; everything she did was ~ed to further her husband’s political career, segala-gala yg dilakukannya bertujuan utk memajukan kerjaya politik suaminya; 2. have in mind (a feeling, an idea, etc) bermaksud, berniat: I’m certain he didn’t ~ any mischief, saya yakin dia tdk berniat utk berbuat jahat; 3. (old use) mean, maksud: what do you ~ by these words?, apa maksud kata-katamu itu?;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
123

Kembali ke atas