Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.tua] | کتوا

Definisi : 1. orang yg tertua dan banyak penga­lamannya (dlm kampung dll); 2. orang yg mengepalai atau memimpin (pasukan, per­kumpulan, pertubuhan, jabatan, dll): ~ persatuan; ~ pengarang; guru ~ guru besar (kepala sekolah); ~ adat pemimpin yg dilantik mengikut adat utk mengawasi perjalanan adat (dlm kam­pung, suku, dll); ~ jurumasak cef; ~ kampung orang yg mengepalai kampung, peng­hulu kampung; ~ kerajaan pemimpin tertinggi sesebuah kerajaan, yg dilantik drpd ketua parti politik yg memerintah: ~ kerajaan Malaysia ialah Perdana Menteri Malaysia; ~ Menteri menteri yg mengepalai menteri-menteri lain (biasanya dlm negeri bahagian): ~ Menteri Melaka; ~ Menteri Sabah; ~ muda wakil ketua; ~ murid murid yg dijadikan ketua bagi semua murid; ~ negara pemimpin tertinggi sesebuah negara yg terdiri drpd seseorang raja atau pemimpin parti politik yg memerintah: ~ negara Malaysia ialah Yang di-Pertuan Agong; ~ pejabat orang yg mengepalai dan bertanggungjawab terhadap perjalanan pejabat; ~ satu ketua yg terkanan (terpenting) sekali (dlm pertubuhan dll); berketuakan mempunyai seseorang sbg ketua: perkumpulan itu ~ seorang wanita; mengetuai mengepalai (pertubuhan dll), memimpin, menjadi ketua kpd: Menteri Luar Negeri itu ~ perwakilan negerinya ke persidangan tersebut; mengetuakan 1. mengetuai: pasukan itu diketuakan oleh Panglima Leman; 2. meng­angkat (melantik) menjadi ketua, memandang (menyifatkan, menganggap) sbg ketua; pengetua orang yg mengetuai (mengepalai), ketua; ~ maktab. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.tua] | کتوا

Definisi : pemimpin, kepala; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.tua] | کتوا

Definisi : 1 orang yg tertua dan banyak pengalamannya (di kampung dll). 2 orang yg menjadi kepala atau pemimpin dlm sesuatu persatuan, pertubuhan, jabatan dll. ~ istiadat orang yg dilantik utk mengawasi segala istiadat dlm istana. ~ kampung orang yg mengepalai orang-orang di kampung. ~ kerajaan pemimpin tertinggi sesebuah kerajaan, yg dilantik drpd ketua parti politik yg memerintah: ~ kerajaan Malaysia ialah Perdana Menteri Malaysia. ~ menteri a. menteri yg mengepalai menteri-menteri lain. b. gelaran utk ketua kerajaan negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak. ~ murid murid yg dijadikan ketua bagi semua murid. ~ negara pemimpin tertinggi sesebuah negara, yg terdiri drpd seorang raja atau pemimpin parti politik yg memerintah: ~ negara Malaysia ialah Yang di-Pertuan Agong. ~ pejabat orang yg menjadi ketua dan bertanggungjawab ttg perjalanan sesebuah pejabat. ~ persatuan pemimpin sesuatu persatuan. berketua mempunyai ketua: Mereka sudah lama tidak ~. berketuakan mempunyai atau mengambil seseorang sbg ketua: Kami tidak mahu ~ si bangsat itu. mengetuai menjadi ketua kpd; mengepalai; memimpin: Beliau telah ~ pasukan tsb sejak dua tahun yg lalu. mengetuakan mengangkat atau melantik sbg ketua; menjadikan sbg ketua. Mereka telah ~ dia kerana dia berpengalaman. pengetua orang yg mengetuai sesebuah sekolah, maktab, pusat latihan dsb: ~ Maktab Perguruan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ke.tua] | کتوا

Definisi : pemimpin sesuatu kumpulan; kepala: Abdullah telah dilantik menjadi ~ darjah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Peribahasa

Rantau jauh diulangi,
     rantau dekat dikendana.

Bermaksud :

Ketua yang selalu menjagai anak buahnya jauh dan dekat.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Kamus Teknologi Maklumat

Kamus Teknologi Maklumat ct.indd
ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman, atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Ketua Pengarah, Dewan Bahasa dan Pustaka, Peti Surat 10803, 50926 Kuala Lumpur, Malaysia. Perundingan tertakluk kepada perkiraan royalti atau honorarium. Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Kamus teknologi maklumat: keselamatan 11 4:01:21 PM PENYUSUN Prof. Madya Dr. Mazani Manaf Dr. Omar Zakaria Dr. Adli Abdul Wahid Dr. Hafiz Mohd. Sarim PENYELENGGARA Hajah Ratna Inzah Datuk Haji Mohamad Asri (Ketua) Norhasmanalinda Haji Mustapa Nawal Hanim Haji Lope Zainal Abidin Kamus Teknologi Maklumat ct.indd 5 6/6/11 4:01:21 PM vii KANDUNGAN Kata Pengantar ix Pendahuluan xi Pedoman

Kembali ke atas