Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : pemimpin tertinggi sesebuah kerajaan, yg dilantik drpd ketua parti politik yg memerintah: ~ kerajaan Malaysia ialah Perdana Menteri Malaysia; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : pemimpin tertinggi sesebuah kerajaan, yg dilantik drpd ketua parti politik yg memerintah: ~ kerajaan Malaysia ialah Perdana Menteri Malaysia. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Definisi Bagi Perkataan/jawatan Berikut: 1. Naib Canselor 2. Timbalan Naib Canselor 3. Pendaftar Universiti 4. Bendahari 5. Pustakawan 6. Dekan 7. Pengarah 8. Timbalan Pengarah dan Timbalan Dekan 9. Ketua Jabatan dan Ketua Nic

1. Naib Canselor = Ketua eksekutif atau ketua pentadbir sesebuah universiti.  2.Timbalan Naib Canselor = Penolong Ketua eksekutif atau penolong ketua pentadbir sesebuah universiti.  3.Pendaftar Universiti = pegawai yg bertanggungjawab tentang pendaftaran pelajar di universiti.  4.Bendahari = pengurus wang kesatuan/pertubuhan dan sebagainya. 5.Pustakawan = orang yg mempunyai pengetahuan yg dalam tentang perpustakaan dan terlibat dlm pengurusan perpustakaan  6.Dekan = ketua sesuatu fakulti di universiti.  7.Pengarah = orang yg dipilih utk mengawal atau mentadbirkan perjalanan sesuatu projek/jabatan/syarikat/perbadanan dan sebagainya  8.Timbalan Pengarah = penolong kepada seseorang yg dipilih utk mengawal atau mentadbirkan perjalanan sesuatu projek (jabatan, syarikat, perbadanan, dsb 9.Timbalan Dekan = penolong ketua sesuatu fakulti di universiti.  10.Ketua Jabatan = orang yang mengetuai bahagian drpd pentadbiran kerajaan dll yg mengurus tugas-tugas tertentu dan 11.Ketua Nic = tidak ada dalam Kamus Dewan

Makna22.06.2008
Adkah DBP mempunyai suatu dasar atau tatacara atau garis panduan yang perlu dipatuhi untuk penggunaan bahasa Melayu yang betul dan tulisan jawi di premis kerajaan. Sekiranya ada mohon minta penjelasan secepat mungkin kerana kerajaan negeri Melaka akan mengeluarkan surat arahan kepada semua ketua jabatan dan agensi kerajaan termasuk anak syarikat kerajaan negeri Melaka tentang pematuhan penggunaan bahasa Melayu yang betul dan tulis jawi di semua premis. Mohon kerjasama dari pihak tuan untuk maklum balas segera. Sekian terima kasih.DBP telah menyusun pedoman khusus sistem ejaan Jawi baharu, tuan boleh merujuk buku Pedoman Ejaan Jawi Yang Disempurnakan dan bagi melihat ejaan rujuk buku Daftar Kata Bahasa Melayu: Rumi - Sebutan - Jawi.Lain-lain16.05.2014
Salam, Apakah nama bagi jawatan orang yang menjadi ketua dalam sebuah tadika seumpama guru besar di sekolah rendah?Tiada penggunaan yang standard bagi jawatan ketua guru di sekolah tadika. Di sekolah tadika kerajaan (Tadika Kemas), Penyelia yang menyelia perlaksanaan sekolah dan menjadi ketua sekolah tersebut. Di sekolah tadika swasta lazimnya jawatan principal digunakan dan terjemahan ke dalam bahasa Melayu ialah pengetua. Hal ini tidak selari dengan sistem persekolahan kita kerana pengetua ialah ketua guru di sekolah menengah.Istilah24.05.2012
Saya musykil dengan janji kerajaan untuk memperkasa dan mengutamakan Bahasa Melayu dalam semua urusan Kerajaan. Saya berasa sangat kecewa apabila TV3 hari ini menunjukkan sidang Dewan Undangan Negeri Sarawak dimana Ketua Menterinya sendiri menyampaikan ucapan dalam bahasa inggeris. Apa pandangan dan tindakan DBP terhadap isu ini? Adakah ini cara kita memertabatkan BM sebagai Bahasa Kebangsaan?Perjanjian 20 Perkara dalam Pembentukan Malaysia, memberi ruang kepada penggunaan bahasa Inggeris dalam urusan rasmi di Sarawak. Walau bagaimanapun DBP selaku badan yang dipertanggungjawabkan dalam hal pemartabatan bahasa akan terus berusaha mengangkat martabat bahasa kebangsaan, selaras dengan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan. Usaha ini bukanlah mudah dan memerlukan iltizam semua pihak khususnya kesungguhan politik untuk memartabatkan bahasa Melayu di seluruh Negara termasuklah dalam konteks di Sarawak yang mempunyai pelbagai kaum, bahasa dan budaya. Untuk makluman tuan, kami sedang berusaha mendapatkan maklumat yang rinci tentang senario penggunaan bahasa Melayu dalam sidang DUN Sarawak dan maklumat tersebut akan di-e-melkan kepada tuan.Lain-lain29.04.2015
Contoh 1 Timbalan Ketua Setiausaha Kanan, Pentadbiran Am, Jabatan Perdana Menteri Aras 2, Blok B8, Kompleks Jabatan Perdana Menteri Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62502 PUTRAJAYA. (u.p: Encik Noor Azman Bin Abdul Rahman) Tuan, Contoh 2 Yang Berbahagia Datuk Seri Zainol Bin Othman Timbalan Ketua Setiausaha Kanan, Pentadbiran Am, Jabatan Perdana Menteri Aras 2, Blok B8, Kompleks Jabatan Perdana Menteri Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62502 PUTRAJAYA. Y.Bhg. Datuk Seri, Contoh 3 Datuk Bandar, Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, Tingkat 4-8, No.88, Menara PERMINT, Jalan Sultan Ismail, 20200 KUALA TERENGGANU. Gelaran sapaan..? Datuk Bandar @ Tuan,

Untuk contoh 1, sapaan yang digunakan jika merujuk kepada Encik Noor Azman bin Abdul Rahman, ialah Tuan.
Untuk contoh 2, sapaan yang digunakan tidak ada kesalahan. Akan tetapi, ejaan perlu dibetulan iaitu, YBhg. Datuk Seri. Manakala untuk contoh 3, pada kebiasaannya, pihak DBP akan menyertakan nama Datuk Bandar tersebut dalam penulisan surat rasmi. Kemudian daripada nama tersebut barulah sapaan dapat ditentukan. Jika Datuk, akan digunakan YBhg di permulaan nama, jika sebalik sapaan yang digunakan ialah Tuan. 

Lain-lain27.10.2016
MOHON UNTUK MENGADAKAN TAKLIMAT PENULISAN SURAT RASMI KERAJAAN . JIKA PIHAK DBP ADA KEMAHIRAN DAN PENGALAMAN UNTUK MENGAJAR PIHAK KAMI BAGI MENULIS SURAT RASMI KERAJAAN MENGIKUT TATACARA YANG BETUL. SEKIAN DAN TERIMA KASIH.Kami mencadangkan pihak tuan berhubung terus dengan Ketua Akademi DBP, Dr. Amran bin Joned, melalui talian 03-21479226/9227 atau e-mel amran@dbp.gov.my.Lain-lain08.06.2015
Assalamualaikum W.B.T. Tuan/Puan, Soalan Pertama : Dipohon kerjasama tuan/puan untuk melampirkan format surat rasmi individu kepada Jabatan Kerajaan contoh :Surat Permohonan Pertukaran Tempat Bertugas; Soalan Kedua : Ketua Pengarah Jabatan XXXXXXX (u.p. Puan Salina binti Abas ) Y.Bhg. Dato'/ atau Puan, TAJUK SURAT ___________________ soalan saya ialah sekiranya Ketua Jabatan adalah Y.Bhg. Dato' XXX iaitu seorang lelaki manakala kita hendak berurusan dengan Puan Salina binti Abas maka apakah gelaran yang hendak diguna pakai ? Sama ada Y.Bhg. Dato' atau Puan di dalam surat berkenaan.

Saudara,

Secara rasmi surat-menyurat ditujukan kepada ketua jabatan. Oleh yang demikian, sapaan pada surat ialah YBhg. Dato'. Mengenai soalan format surat, apabila menulis kepada jabatan kerajaan, format rasmi masih digunakan dengan tambahan nama pengirim di bahagian atas sebelah kiri surat sebelum alamat penuh jabatan yang akan menerima surat tersebut.  

 

Lain-lain22.08.2010
Assalamualaikum. Saya ingin bertanya istilah penggunaan perkataan "Ahli" 1. Adakah boleh digunakan "Ahli" sahaja atau " Ahli-ahli" Contoh: (a) Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan atau Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (b) Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri atau Ahli Dewan Undangan Negeri Setahu saya perkataan "Ahli" itu merupakan "Kata Nama" - banyak. Jadi memadai kita menggunakan "Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan" sahaja. Adakah ini betul atau sebaliknya. Mohon jawapan. terima kasih. T.T. (Rusli bin Kamaruddin) Ketua Pelapor Perbahasan, Dewan Undangan Negeri, PULAU PINANG.

Perkataan ahli boleh merujuk kepada bilangan seorang atau ramai. Perkataan ahli-ahli merujuk kepada bilangan ramai. Perkataan ahli atau ahli-ahli digunakan mengikut konteks yang bersesuaian. Contohnya: a) Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan. (betul) b) Sekiranya ahli kumpulan tidak dapat menjawab, soalan akan  dibuka kepada ahli-ahli kumpulannya.

Tatabahasa21.04.2011
apa definisi pengurus dan apa pula definisi ketua serta peranannya?

Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, Pengurus ialah 1. (orang dll) yg mengurus, (orang dll) yg menjalankan pengurusan: dia telah dilantik menjadi ahli jawatankuasa ~ perayaan hari kebangsaan; 2. orang yg mengendalikan perjalanan sehari-hari syarikat perniagaan dsb: pentadbiran syarikat diserahkan kpd seorang ~ dan sebuah jawatankuasa; ~ agung = ~ besar pengurus yg tertinggi, pucuk pimpinan (syarikat dll); ~ harian pengurus yg menjalankan tugas hari-hari; ~ lini pengurus yg bertanggungjawab merancang, mengurus, mengeluarkan dan memasarkan produk atau perkhidmatan sesebuah organisasi: perancangan merupakan fungsi utama ~ lini; ~ syarikat orang yg menguruskan (mengendalikan) sesebuah syarikat.

Ketua pula  ialah orang yg mengepalai atau memimpin (pasukan, perkumpulan, pertubuhan, jabatan, dll): ~ persatuan; ~ pengarang; guru ~ guru besar (kepala sekolah); ~ adat pemimpin yg dilantik mengikut adat utk mengawasi perjalanan adat (dlm kampung, suku, dll); ~ jurumasak cef; ~ kampung orang yg mengepalai kampung, penghulu kampung; ~ kerajaan pemimpin tertinggi sesebuah kerajaan, yg dilantik drpd ketua parti politik yg memerintah: ~ kerajaan Malaysia ialah Perdana Menteri Malaysia; ~ Menteri menteri yg mengepalai menteri-menteri lain (biasanya dlm negeri bahagian): ~ Menteri Melaka; ~ Menteri Sabah; ~ muda wakil ketua; ~ murid murid yg dijadikan ketua bagi semua murid; ~ negara pemimpin tertinggi sesebuah negara yg terdiri drpd seseorang raja atau pemimpin parti politik yg memerintah: ~ negara Malaysia ialah Yang di-Pertuan Agong; ~ pejabat orang yg mengepalai dan bertanggungjawab terhadap perjalanan pejabat; ~ satu ketua yg terkanan (terpenting) sekali (dlm pertubuhan dll);

Istilah01.07.2009
Ketua Pengawas yang dilantik hendaklah dari / daripada kalangan guru sekolah kerajaan sahaja. Soalan : dari atau daripada?

Puan Azian,

Kata sendi nama yang betul ialah daripada. Puan boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga untuk keterangan lanjut tentang penggunaan kata sendi nama. 

Tatabahasa13.01.2010
123456

Kembali ke atas