Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : menteri yg mengepalai menteri-menteri lain (biasanya dlm negeri bahagian): ~ Menteri Melaka; ~ Menteri Sabah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ketua kerajaan bagi sesebuah negeri yg tidak beraja di Malaysia; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : a. menteri yg mengepalai menteri-menteri lain. b. gelaran utk ketua kerajaan negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)


Definisi : ketua kerajaan sesebuah negeri yg tidak beraja di Malaysia; (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ABDUL TAIB MAHMUD, TAN SRI

Abdul Taib Mahmud, Tan Sri  (1936-         ) ialah

Ketua Menteri Sarawak ke-4. Dia dilantik menjadi

Ketua Menteri Sarawak mulai 26 Mac 1981 hingga

kini menggantikan Tun Haji Abdul Rahman Ya’kub.

UMUM 
CROMWELL, THOMAS

Cromwell, Thomas (1485?–1540), bergelar Earl of

Essex, ialah ketua menteri kepada Henry VIII, England.

UMUMUmum
MOHAMED FUAD STEPHENS, TUN

Mohamed Fuad Stephens, Tun (1920–1976)

merupakan Ketua Menteri Sabah yang pertama

dari tahun 1963 hingga 1965. Dia lahir pada 14

September 1920 di Kudat, Sabah. Dia dan

keluarganya memeluk agama Islam pada tahun

1971. Nama sebenarnya ialah Donald Stephens. Dia

menerima pendidikan di

Keningau, Jesselton (kini

Kota Kinabalu) dan

Sandakan. Dia meninggal

dunia pada 6 Jun 1976

dalam nahas kapal

terbang di Kota Kinabalu,

Sabah.

UMUM 
SAKARAN DANDAI, TUN

Sakaran Dandai, Tun (1930– ) ialah Yang

Dipertua Negeri Sabah yang kelapan (1995-2002).

Sebelum menjadi Yang Dipertua Negeri Sabah,

dia berkhidmat sebagai Ketua Menteri Sabah

selama sembilan bulan selepas Barisan Nasional

(BN) membentuk Kerajaan Campuran di Sabah

pada bulan Mac 1994. Pada bulan Januari 1995, dia

digantikan oleh Datuk Salleh Tun Mohd Said

sebagai Ketua Menteri Sabah.

UMUM 
MARSHALL, DAVID

Marshall, David (1908–1995) ialah peguam dan

ahli politik yang berkhidmat sebagai ketua menteri

Singapura yang pertama pada tahun 1955 dan

tahun 1956.

UMUM 
ABDUL RAHMAN YA’KUB, TUN

Abdul Rahman Ya'kub, Tun (1928 -       ) ialah

Ketua Menteri Sarawak yang ketiga (1970–1981) dan

Yang Dipertua Negeri Sarawak yang keempat (1981–

1986). Abdul Rahman mula aktif dalam politik

apabila menyertai Parti Barisan Anak Jati Sarawak

(BARJASA) pada tahun 1962. Kemudian dia

menyatukan Parti Negara Sarawak (PANAS) dan

BARJASA bagi membentuk Parti Bumiputera pada

tahun 1966 bersama-sama Datuk Abang Ikhwan

Zaini dan Datuk Patinggi Abdul Taib Mahmud.

UMUM 
DATU MUSTAPHA DATU HARUN, TUN

Datu Mustapha Datu Harun, Tun (1918–

1995), Yang Dipertua Negeri Sabah yang pertama

(1963–1967) dan Ketua Menteri Sabah dari bulan

Mei 1967 hingga 30 Oktober 1975.

UMUM 
ABDUL RAHMAN YA'KUB, TUNABDUL RAHMAN YA’KUB, Tun (1928-    ),Ketua Menteri Sarawak yang ketiga (1970-1981) dan yang Dipertua Negeri Sarawak yang keempat (1981-1986). SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep
JOSEPH PAIRIN KITINGAN, DATUK SERI

Joseph Pairin Kitingan, Datuk Seri (1940-   ), Ketua Menteri Sabah (1985-1994), pengasas dan Presiden Parti Bersatu Sabah.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
MOHAMAD FUAD STEPHENS, TUN

Mohamad Fuad Stephens, Tun (1920-1976), Ketua Menteri Sabah dari tahun 1963 hingga 1965, dan 1976.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
12345

Kembali ke atas