Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : menteri yg mengepalai menteri-menteri lain (biasanya dlm negeri bahagian): ~ Menteri Melaka; ~ Menteri Sabah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ketua kerajaan bagi sesebuah negeri yg tidak beraja di Malaysia; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : a. menteri yg mengepalai menteri-menteri lain. b. gelaran utk ketua kerajaan negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)


Definisi : ketua kerajaan sesebuah negeri yg tidak beraja di Malaysia; (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
vote of no confidenceundi tidak percayaSains PolitikPolitik PerbandinganSokongan atau undi yang ditarik balik oleh anggota dewan perundangan terhadap seorang perdana menteri atau ketua menteri. Undi ini dilakukan melalui usul yang dibentang di dewan dan apabila dibuat, anggota dewan yang lain perlu bertindak sama ada memberi undi percaya atau tidak. Sekiranya perdana menteri atau ketua menteri itu gagal mendapat majoriti undi percaya maka beliau dikehendaki meletakkan jawatan. Proses undi tidak percaya ini boleh dilaksanakan sama ada melalui cara mengangkat tangan atau melalui undi sulit. Contohnya, undi tidak percaya pernah diusul kepada Perdana Menteri India Morarji Desai pada tahun 1979 dan kegagalannya memperoleh sokongan menyebabkan beliau meletak jawatan.
Chief MinisterMenteri Besar atau Ketua MenteriUndang-undangTiadaKetua eksekutif negeri yang dilantik atas keyakinan majoriti Dewan Undangan Negeri.
parliamentary democracydemokrasi berparlimenSains PolitikPolitik PerbandinganDemokrasi yang memisahkan antara institusi ketua negara dengan ketua kerajaan. Ketua negara dalam sistem ini merupakan seorang raja atau presiden (bukan eksekutif) manakala ketua kerajaan ialah perdana menteri. Perdana menteri dilantik daripada parti atau kumpulan yang mendominasi parlimen dan berkuasa selagi mendapat sokongan majoriti parlimen. Kerajaan dan kabinet ini dibentuk oleh parti yang menang dalam pilihan raya dan ketua mereka akan menjadi ketua kerajaan. Parti yang tewas pula akan menjadi pembangkang. Sistem ini membahagikan parlimen kepada dua pihak iaitu kerajaan dan pembangkang. Antara negara yang mengarnalkan sistem ini ialah Malaysia, Singapura, Jepun, Thailand dan New Zealand.
parliamentary systemsistem berparlimenPentadbiranPentadbiran Awam

Pemerintahan demokrasi yang berasaskan kepada kerajaan parlimen Westminster, Britain. Sistem ini memisahkan ketua negara dengan ketua kerajaan. Ketua negara dalam sistem ini merupakan seorang raja atau presiden (bukan eksekutif), manakala ketua kerajaan ialah Perdana Menteri. Perdana Menteri dilantik dari parti atau kumpulan yang mendominasi parlimen dan berkuasa selagi mendapat sokongan majoriti. Kerajaan dan kabinet ini dibentuk oleh parti yang menang dalam pilihan raya dan ketua mereka akan menjadi ketua kerajaan. Parti yang tewas pula akan menjadi pembangkang. Sistem ini membahagikan parlimen kepada dua pihak iaitu kerajaan dan pembangkang. Antara negara yang mengamalkan sistem ini ialah Malaysia, Singapura, Jepun, Negara Thai dan New Zealand.

ratificationratifikasiUndang-undangUndang-undang AntarabangsaCara sesebuah negara menzahirkan persetujuan untuk terikat dengan sesuatu perjanjian. Sebarang kemungkiran oleh negara tersebut boleh membawa kepada pelanggaran undang-undang antarabangsa. Kuasa meratifikasi berada di tangan ketua negara, ketua kerajaan dan menteri luar negeri. Walau bagaimanapun, kuasa meratifikasi tertakluk kepada perlembagaan sesebuah negara. Terdapat negara yang mensyaratkan keizinan daripada badan perundangan sebelum proses ratifikasi dilakukan.
remission of taxhapus cukaiPentadbiran PerniagaanTiadaCukai yang dihapuskan atas perintah Menteri Kewangan atau Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri.
political executiveeksekutif politikPentadbiranPentadbiran Awam

Badan yang memiliki kuasa merencana, melaksana dan menguatkuasa keputusan serta dasar negara. Badan ini dianggotai oleh jemaah menteri yang dipilih dari kalangan ahli dewan perundangan yang bertanggungjawab mengetuai potfolio atau kementerian tertentu. Kedudukannya berbeza mengikut negara sama ada berperanan sebagai raja, presiden ataupun perdana menteri dan kabinet. Dalam konteks Malaysia, eksekutif politik terdiri daripada Perdana Menteri dan kabinet. Kebiasaannya, ahli kabinet akan bermesyuarat sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu, dipengerusikan oleh perdana menteri. Pelantikan ahli jemaah kabinet dalam amalan demokrasi merupakan hak ketua negara atas nasihat perdana menteri.

cabinetkabinetSains PolitikPolitik PerbandinganBadan eksekutif yang dianggotai oleh jemaah menteri yang dipilih dari kalangan ahli dewan perundangan. Anggota jemaah kabinet akan dipertanggungjawabkan untuk mengetuai portfolio atau kementerian tertentu. Kebiasaannya, ahli kabinet ini akan bermesyuarat satu atau dua minggu sekali dan dipengerusikan oleh perdana menteri dalam sistem demokrasi berparlimen atau oleh presiden dalam sistem demokrasi berpresiden. Pelantikan ahli jemaah kabinet dalam amalan demokrasi merupakan hak mutlak ketua kerajaan. Istilah ini berasal daripada perkataan Perancis yang membawa maksud bilik rahsia yang digunakan oleh Raja Perancis pada era sebelum revolusi untuk bermesyuarat dengan pegawai istana tertentu. Pegawai yang dipercayai oleh raja sahaja dipanggil untuk bermesyuarat kerana ia melibatkan rahsia negara.
constitutional monarchynegara raja berperlembagaanSains PolitikPolitik PerbandinganSistem kerajaan yang meletakkan kuasa raja atau monarki tertakluk kepada perlembagaan. Dalam sistem ini, raja tidak memiliki kuasa mutlak dan dihadkan serta tertumpu kepada urusan tertentu sahaja seperti menjadi ketua agama, adat istiadat dan bersifat keraian. Dalam menjalankan tanggungjawabnya, raja terlebih dahulu perlu mendapat nasihat daripada Perdana Menteri atau menteri. Dalam konteks sosial pula, raja perlu mematuhi undang-undang dan boleh dihukum sekiranya melanggar peraturan. Contohnya, Malaysia, Thailand, Jepun dan Denmark.
Balfour DeclarationDeklarasi BalfourSains PolitikHubungan AntarabangsaPerisytiharan sokongan Britain terhadap pembentukan negara Yahudi di Palestin. Deklarasi ini mengambil sempena nama Menteri Luar Britain, Arthur James Balfour yang mengutuskan surat sokongan kepada ketua persekutuan zionis Inggeris, Lord Rothchild pada 2 November 1917. Pernyataan sokongan ini menjadi dasar politik gerakan zionisme. Berikutan deklarasi ini, PBB bersetuju membahagikan Palestin kepada dua bahagian, iaitu satu bahagian untuk Yahudi dan sebahagian lain untuk Arab Palestin. Pada 14 Mei 1948, mandat Britain ke atas Palestin berakhir dan pada masa yang sama Israel mengisytiharkan pembentukan negara untuk orang Yahudi di Palestin.
12

Kembali ke atas