Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : pemimpin tertinggi sesebuah negara yg terdiri drpd seseorang raja atau pemimpin parti politik yg memerintah: ~ negara Malaysia ialah Yang di-Pertuan Agong; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : pemimpin tertinggi sesebuah negara, yg terdiri drpd seorang raja atau pemimpin parti politik yg memerintah: ~ negara Malaysia ialah Yang di-Pertuan Agong. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Untuk 'Ketua-ketua Negara ASEAN', adakah 'k' perlu huruf besar untuk 'ketua-ketua'. terima kasihketua-ketua negara ASEAN. k huruf kecil.Ejaan22.09.2011
Encik, Antara dua ayat berikut yang manakah betul? 1. Ketua-ketua negara ASEAN sedang bersidang di Manila? 2. Ketua negara ASEAN sedang bersidang di Manila? * Persoalannya, perlukan perkataan 'ketua' digandakan padahal 'bersidang' sudah membawa maksud jamak? Terima kasih!Kedua-duanya betul. Namun yang lebih tepat dan tidak lewah ialah 'Ketua negara ASEAN...'. Pandangan kami adalah sama dengan pandangan saudara kerana 'bersidang' 'negara ASEAN' sudah menggambarkan ramai.Tatabahasa04.10.2008
Apakah panggilan hormat yang betul untuk menteri/timbalan menteri/pemimpin dari negara asing?Tidak ada contoh sapaan ketua negara asing dalam sumber rujukan kami. Untuk makluman tuan, sapaan atau gelaran yang digunakan adalah dalam konteks negara kita mengikut budaya/amalan dalam negara kita. Pada pandangan kami, jika ketua sesebuah negara menerima anugerah kebesaran daripada negara kita, barulah beliau disapa mengikut gelaran yang diterima. Melalui semakan kami dalam media juga, tidak ada kata sapaan yang digunakan bagi ketua negara asing, seperti Presiden Indonesia, Joko Widodo mengadakan lawatan kerja sehari ke Kuala Lumpur. Walau bagaimanapun, untuk mendapatkan maklumat lanjut sila hubungi Bahagian Istiadat di Jabatan Perdana Menteri.Tatabahasa08.10.2015
Bolehkah saya menggunakan nama "RSSTORAN ISTANA AYAM KAMPUNG" sebagai nama restoran saya.Perkataan "istana" tidak sesuai digunakan dalam konteks ini kerana "istana" bermaksud rumah kediaman raja atau ketua negara. Bentuk yang betul ialah RESTORAN AYAM KAMPUNG atau RESTORAN AYAM KAMPUNG ... (diikuti oleh perkataan lain seperti nama orang dan sebagainya). Untuk pengesahan iklan, sila klik domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP" (bukan Khidmat Nasihat Bahasa).Lain-lain18.11.2014
Apakah definisi bahasa istana? Apakah ciri-cirinya dan fungsi-fungsinya ?Bahasa istana atau bahasa dalam merupakan bahasa komunikasi keluarga diraja, ketua negeri dan ketua negara yang mengandungi nilai bahasa yang tinggi dan beradab. Untuk mendapatkan penjelasan lanjut saudara bolehlah mendapatkan buku berkaitan bahasa istana yang berada dalam pasaran atau hubungi bahagian Adat Istiadat, Istana Negara.Makna05.09.2006
Bagaimanakah penggunaan istilah "Yang-diPertua" dan "Yang-diPertuan" yang betul serta ejaannya. Adakah penggandaan berentak "sebab-musabab" betul di dalam bahasa Melayu?

Ejaan yang betul ialah 1. Yang di-Pertuan digunakan khusus untuk ketua negara dan ketua negeri. Contohnya, Yang di-Pertuan Agong, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Yang di-Pertuan Negeri (Melaka, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak) 2. Yang di-Pertua digunakan bagi ketua dalam Dewan Rakyat, Dewan Negara dan dewan Negeri. Contohnya, Yang di-Pertua Dewan Rakyat. 3. Yang Dipertua pula digunakan untuk ketua bagi sesebuah organisasi atau pertubuhan. Contohnya, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Selayang. Penggandaan sebab-musabab adalah betul.

Lain-lain29.05.2010
Ejaan yang betul untuk Yang di-Pertuan Negeri atau Yang di-Pertua Negeri

Ejaan yang betul ialah 1. Yang di-Pertuan digunakan khusus untuk ketua negara dan ketua negeri. Contohnya, Yang di-Pertuan Agong, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Yang di-Pertuan Negeri (Melaka, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak) 2. Yang di-Pertua digunakan bagi ketua dalam Dewan Rakyat, Dewan Negara dan dewan Negeri. Contohnya, Yang di-Pertua Dewan Rakyat. 3. Yang Dipertua pula digunakan untuk ketua bagi sesebuah organisasi atau pertubuhan. Contohnya, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Selayang.

Ejaan21.04.2011
Assalamualaikum, Saya mahu bertanya, 1) Apakah beza antara presiden, pengerusi dan yang dipertua? 2) Apakah beza antara timbalan dan naib? 3) Apakah beza antara setiausaha, setiausaha agung dan setiausaha kehormat? 4) Apakah beza antara bendahari, bendahari agung dan bendahari kehormat? 5) Apakah beza antara lajnah dan unit? 6) Apakah beza antara ahli jawatankuasa dan majlis eksekutif?

1) Apakah perbezaaan antara presiden, pengerusi dan yang dipertua?

Presiden - Merupakan ketua negara dalam sesebuah negara republik dan gelaran untuk ketua negara republik atau orang yang menjadi ketua sesuatu persatuan, pertubuhan dan lain-lain.

dipertua  -  orang yg dilantik menjadi ketua sesuatu perkumpulan (persatuan dan lain-lain)

pengerusi  -  ketua dalam mesyuarat dan lain-lain. atau pemimpin jawatankuasa, pertubuhan dan lain-lain.

2) Apakah perbezaaan  antara timbalan dan naib? 
timbalan -  ialah penolong ketua dan lain-lain
naib   -  ialah pengganti atau wakil

3) Apakah perbezaaan antara setiausaha, setiausaha agung dan setiausaha kehormat?

setiausaha  - Seseorang yang diambil bekerja untuk mengurus urusan surat-menyurat (menyimpan rekod, membuat kerja-kerja perkeranian, dan sebagainya). Melaksanakan kerja untuk orang perseorangan atau untuk sesebuah pertubuhan.

setiausaha kehormat - setiausaha yang menjalankan tugas atau yang berkhidmat secara sukarela yang tidak  diberi gaji atau upah.

4) Apakah perbezaaan  antara bendahari, bendahari agung dan bendahari kehormat?

bendahari - pegawai yang menguruskan harta benda kerajaan atau menguruskan wang persatuan dan lain-lain.

bendahari kehormat -  pegawai persatuan yang bertugas tanpa dibayar

5) Apakah perbezaaan  antara lajnah dan unit?

lajnah  -  sebuah badan yang menjalankan (mengurus, mengelola) kerja sesuatu per­tubuh­an dan lain-lain, jawatankuasa kerja.

unit -  bahagian terkecil daripada sesuatu yang dapat berdiri sendiri.

6) Apakah perbezaaan  antara ahli jawatankuasa dan majlis eksekutif?

ahli jawatankuasa - orang yang dipilih untuk menjalankan pentadbiran sesuatu urusan (persatuan, kesatuan dan sebagainya)

majlis eksekutif - sebuah Badan tetap UPU yang ditugaskan oleh kongres untuk menentukan kesinambungan tugas-tugas pentadbiran, mengawasi kegiatan kerjasama teknikal, perundangan, juriselidik dan sebagainya.

Untuk maklumat lebih lanjut, pihak tuan boleh merujuk  Bahagian Protokol dan Adat Istiadat di Jabatan Perdana Menteri. Terima kasih.

Lain-lain27.12.2019
Boleh saya tanya apa perkataan yang paling sesuai untuk menterjemah perkataan "monarch" ke dalam bahasa Melayu? Contohnya List of English monarchs. Saya tidak boleh terjemahkan monarch kepada raja sedangkan pada suatu ketika dahulu ada beberapa ratu yang memerintah mahupun sekarang. Saya punya cadangan pemerintah diraja.Terjemahan monarch ialah raja, dalam konteks ini raja ialah ketua negara dan tidak disandarkan kepada jantina. List of English monarchs diterjemahkan kepada senarai Raja Inggeris.Penyemakan dan penterjemahan07.09.2017
Setiap Pengakap di peringkat negeri mempunyai ketua pengakap yang berjawatan Ketua Pesuruhjaya Negeri. Di peringkat negara diketuai oleh Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara yang rata-rata nemggunakan National Chief Commissioner dalam bahasa Inggeris. Soalan: Apakah perkataan yang sesuai untuk Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri dalam bahasa Inggeris? Adakah State Chief Commissioner atau Chief State Commissioner? Terima Kasih.Salam sejahtera,

Tuan,

Pihak Dewan Bahasa dan Pustaka hanya memberi nasihat bahasa untuk bahasa Melayu sahaja.

Sekian, terima kasih.
Lain-lain29.04.2018
1234567

Kembali ke atas