Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lam.pu] | لمڤو

Definisi : 1. sj alat utk menerangi (sesuatu ruang, kawasan, dsb), pelita, suluh; 2. ki penerang pemikiran atau rohaniah: al-Quran merupa­kan ~ yg menerangi dunia; ~ arka lampu yg sangat terang cahayanya (yg terhasil oleh arka elektrik apabila arus elektrik mengalir di antara dua elektrod); ~ ayam sj lampu minyak yg mempunyai sisi kaca, yg dipasang pd waktu malam supaya ayam, itik dsb tidak kesejukan; ~ duduk lampu yg diletakkan di atas meja; ~ dunia matahari; ~ gantung lampu yg dipasangkan tergantung dr siling dsb (tidak terlekap pd dinding); ~ gas (gasolin) lampu yg menggunakan pam (utk menaikkan minyak); ~ hijau a) isyarat bergerak dlm sistem lalu lintas; b) ki kebenaran atau persetujuan utk melaksanakan sesuatu projek dll; ~ jalan lampu elektrik yg dipasang pd tiang di sepanjang sesuatu bahagian jalan; ~ kalimantang lampu pendarfluor; ~ karbaid lampu yg menggunakan gas karbida; ~ kuning isyarat bersedia utk berhenti dlm sistem lalu lintas; ~ limpah lampu besar yg sangat terang dgn alur cahaya yg lebar, biasanya digunakan di luar utk menerangi sesuatu kawasan, bangunan dsb; ~ meja lampu elektrik kecil yg diletakkan di atas meja dsb; ~ merah a) isyarat berhenti dlm sistem lalu lintas; b) isyarat amaran; ~ neon lampu elektrik yg mengguna­kan gas neon (biasanya berwarna-warni); ~ pendarfluor lampu yg cahayanya dihasilkan melalui nyahcas elektrik dlm tiub bertekanan rendah; ~ picit suluh yg menggunakan bateri; ~ suluh lampu picit; ~ tempel lampu yg disangkutkan di dinding; ~ terendak sj lampu hiasan (biasanya di ruang tamu) yg mem­punyai terendak; ~ tidur lampu yg cahayanya sangat malap, yg digunakan semasa tidur; ~ tumpu lampu yg sangat terang yg boleh ditumpukan pd sesuatu tempat dsb supaya jelas kelihatan; spt ~ kekurangan minyak prb hidup yg sangat melarat; berlampu mempunyai (telah dipasang) lampu: bilik itu tidak ~; melampukan memasang lampu di sesuatu tempat (ruang dsb): ~ semua bilik di dlm rumah itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lam.pu] | لمڤو

Definisi : alat utk menerangi (spt pelita). ~ elektrik lampu yg menggunakan tenaga elektrik. ~ gas (gasolin) lampu yg menggunakan tekanan angin utk menaikkan minyak. ~ karbida lampu yg menggunakan gas karbida. ~ limpah lampu besar yg sangat terang dgn alur cahaya yg lebar, biasanya digunakan di luar rumah, bangunan dsb utk menerangi sesuatu kawasan. ~ minyak lampu yg menggunakan minyak tanah. ~ neon lampu berwarna-warni (yg menggunakan gas neon). ~ picit lampu yg menggunakan bateri utk menyalakannya. ~ tumpu lampu yg sangat terang yg cahayanya boleh ditumpukan pd tempat tertentu supaya sesuatu dpt dilihat dgn jelas. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lampu (kata nama)
Bersinonim dengan lampu suluh, lampu picit, pelita.,

Puisi
 

Pasang lampu biar terang,
     Hendak menanam pohon selasih;
Kasih sayang tuan seorang,
     Itu tempat menagih kasih.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Bagai pelita kehabisan minyak.

Bermaksud :

Tidak berseri-seri lagi. (Bandingkan dengan: Lampu kekurangan minyak).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
light 1 2. st artificial that illuminates, lampu: the ~s in the garden make it look attractive at night, lampu-lampu di taman menjadikan taman itu kelihatan menarik pd waktu malam; traffic ~s, lampu isyarat; 3. brightness needed for an activity etc, cahaya: I moved away from the window to give the artist more ~, saya beralih dr tingkap supaya pelukis itu mendapat lebih cahaya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
light 1 2. st artificial that illuminates, lampu: the ~s in the garden make it look attractive at night, lampu-lampu di taman menjadikan taman itu kelihatan menarik pd waktu malam; traffic ~s, lampu isyarat; 3. brightness needed for an activity etc, cahaya: I moved away from the window to give the artist more ~, saya beralih dr tingkap supaya pelukis itu mendapat lebih cahaya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
projectionn 1. st that juts out from a surface, unjuran, juluran: lamps were hung from ~s on the tunnel wall, lampu-lampu digantung pd unjuran yg terdapat di dinding terowong itu; the porch forms an ugly ~ in front of the house, bahagian anjung merupakan satu unjuran yg buruk di bahagian depan rumah itu; 2. estimation based on known evidence and observation, unjuran: the company has made a ~ of the profits they expect to make over the next five years, syarikat itu telah membuat unjuran keuntungan yg dijangka bagi tempoh lima tahun yg akan datang;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
placementn 1. act of placing st in certain position, peletakan: the exact ~ of the lights is of the utmost importance in indoor photography, peletakan yg tepat bagi lampu-lampu adalah amat penting dlm bidang fotografi dalaman; 2. act of finding, a. (job) penempatan: the ~ of ex-prisoners in jobs is difficult, penempatan bekas-bekas banduan dlm bidang pekerjaan adalah sukar; the education department arranges for the ~ of teachers in various schools all over the country, jabatan pendidikan mengatur penempatan guru di pelbagai sekolah di seluruh negara;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
garishadj (of colour) menyilaukan; (of article of clothing, light, etc) menyilau warnanya: ~ green, warna hijau yg menyilaukan; a ~ scarf, skarf yg menyilau warnanya; ~ neon lights, lampu-lampu neon yg menyilau warnanya.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
twinklevi 1. wink, berkelipan, berkelip-kelip, berkedip-kedip, mengerdip: stars twinkling in the sky, bintang-bintang yg berkelipan di langit; the lights of the town ~d in the valley below, lampu-lampu bandar berkelipan di lembah;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
heightenvt 1. raise, meninggikan (lagi): the ceiling ought to be ~ed a little, siling itu patut ditinggikan sedikit lagi; 2. enhance, menyerlahkan: the lights ~ the beauty of the room, lampu-lampu menyerlahkan keindahan bilik itu; 3. increase, (act.) memuncakkan; (pass.) memuncak; (the effect of st) menambahkan: the comment ~ed his anger, komen itu memuncakkan kemarahannya; the lighting ~ed the dramatic effect of the place, pencahayaan menambahkan kesan dramatik tempat itu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
lampn lampu: he left the bedside ~ on, dia membiarkan lampu tidur terpasang; an infra-red ~, lampu sinar merah; an oil ~, lampu minyak, pelita.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
lampn lampu: he left the bedside ~ on, dia membiarkan lampu tidur terpasang; an infra-red ~, lampu sinar merah; an oil ~, lampu minyak, pelita.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
starvt 1. a. decorate, bertaburan di, bertaburan dgn, ditaburi; (with lights, jewels, etc) menghiasi: daisies ~ red the lawn, bunga daisi bertaburan di taman itu or taman itu bertaburan dgn bunga daisi; the twinkling lights that ~red the valley, lampu-lampu yg berkelipan yg menghiasi lembah itu; jewels ~red her gown, permata menghiasi gaunnya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345678910...

Kembali ke atas