Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lu.mat] | لومت

Definisi : 1. halus betul, hancur: ia mengeluarkan sirih yg telah ~ dr dlm gobeknya; makanan hendaklah dikunyah sehingga cukup ~; 2. terkocok (daun pakau); melumatkan 1. menjadikan lumat dgn me­numbuk (mengunyah dll): dia ~ benda itu dlm sebuah lesung; 2. ki menghancurkan, memusnahkan: meriam musuh telah ~ kota itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lu.mat] | لومت

Definisi : hancur betul; halus sekali: Dia menggiling biji kacang itu hingga ~. melumatkan menjadikan lumat; menghancurkan dgn menumbuk, mengunyah dll. pelumat alat utk melumatkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lumat
Rujuk :hancur

Puisi
 

Inderagiri pasirnya lumat,
     Kerang bercampur dengan lokan;
Sebagai nabi kasihkan umat,
     Begitulah hamba kasihkan tuan.


Lihat selanjutnya...(9)
Peribahasa

Ditumbuk dikisar barulah lumat.

Bermaksud :

Hendaklah berusaha dengan bersungguh-sungguh hati untuk memperoleh sesuatu barang yang dikehendaki.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah perbezaan penggunaan antara memamah dan mengunyah? Terima kasih.Kamus Pelajar mentakrifkan memamah sebagai menghancurkan (makanan dll) di dalam mulut dengan gigi; mengunyah: Dia ~ gula-gula itu, bukan menghisapnya.

Manakala mengunyah bermaksud menghancurkan makanan dalam mulut dengan gigi (sebelum menelannya); memamah: Makanan hendaklah dikunyah lumat-lumat sebelum ditelan.

Daripada takrifan tersebut, kedua-dua perkataan tersebut mempunyai makna yang sama.
Tatabahasa17.07.2014
Dia mencencang daging itu hingga lumat / Dia mencincang daging itu hingga lumat?Dia mencencang daging itu hingga lumat. Lihat http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=cencang dan http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=cincang untuk maklumat lanjut.Tatabahasa15.02.2012
Bagi sesautu yang ditumbuk seperti lada, apakah kata adjektif yang tepat 'hancur' atau 'lumat'?Jawapan yang betul ialah lumat. Contoh ayat, lada ditumbuk hingga lumat.Lain-lain04.05.2010
1. Ibu mengisar cili ( sehingga / hingga ) lumat. 2. Olahragawan ( jatuh pada tangan / jatuh pada ) Ali.1. Jawapan yang tepat: Ibu mengisar cili sehingga lumat.

'Hingga' bermaksud garis terakhir, batas; sampai ke (had tempat, waktu, dll). Contoh : percakapan terhenti hingga itu; hingga kini. 'Sehingga' bermaksud sampai pada keadaan (masa,dll); sampai menjadi; setelah (sudah). Contoh : sehingga matahari telah condong ke barat, barulah Si Tanggang berkayuh balik.

2.  Soalan kedua sukar difahami.  Minta maaf.
Lain-lain21.09.2014
Mana satu yang tepat? 1) Mak Mah menumbuk lada itu hingga lumat. 2) Mak Mah menumbuk lada itu hingga hancur.Kedua-duanya betul. Walaua bagaimanapun, perkataan yang paling tepat ialah lumat.Tatabahasa25.05.2010
salam, antara kata adjektif berikut, yang manakah lebih sesuai? 1. Nenek mengisar cili itu sehingga halus. 2. Nenek mengisar cili itu sehingga lumat. 3. Tulisan Eng Han sangat halus dan sukar dibaca. Dan jika saya ingin gunakan no.1 adakah ayat saya salah? Terima kasih.Ayat yang betul seperti berikut:
 
1. Nenek mengisar cili itu sehingga lumat.
2. Tulisan Eng Han sangat halus dan sukar dibaca.
Tatabahasa14.05.2013
I Tangannya pedas kerana terpegang cili yang telah ditumbuk lumat. II Pedas sungguh gigitan kerengga itu sehingga Muthu berasa kesakitan. (munsyi, tolonglah tunjukajar untuk menggantikan pedas dengan kosa kata yang sesuai. TK)I. Pijar. II. Pedih.Tatabahasa06.03.2013
Apakah kata adjektif yang sesuai bagi sesuatu yang ditumbuk? 'Lumat' atau 'hancur'?Bergantung kepada kuantiti.Tatabahasa25.05.2010
Apa beza soal siasat, uji kaji, temu duga dan soal jawab?Soal siasat ialah kaedah formal menyoal pesalah, saksi, pengintip, dll untuk mendapatkan mak­lumat; menyoal siasat menyoal dalam usaha menyia­sat sesuatu; penyoal siasat orang yang menyoal siasat.

Uji kaji ialah ujian atau penyelidikan untuk mengetahui atau memastikan sesuatu percubaan, eksperimen: ~ sains.

Temu duga ialah soal jawab antara majikan dengan orang yang memohon kerja dll. 2 soal jawab antara pemberita surat khabar dengan orang kenamaan, seperti tokoh politik; temu bual; wawancara. 

Soal jawab pula ialah pertanyaan dan jawaban mengenai sesuatu atau berbagai-bagai perkara (biasanya disiarkan dalam akhbar, majalah, dsb);
Makna22.09.2013

Kembali ke atas