Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : a) jamuan makan beramai­ramai dgn berbagai-bagai jenis hidangan ma­kanan, minuman dsb; b) jamuan makan ber­sama-sama ahli keluarga pd petang atau malam menjelang Tahun Baru Cina; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Puisi
 

Makan nasi berulam bawang,
     Makan halia tiga hiris;
Besar mana nak meminang orang,
     Air disiram haram tak tiris.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Habis kuman disembelih hendak memberi makan gajah.

Bermaksud :

Menyusahkan orang kecil kerana hendak menyenangkan orang besar-besar.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
fish knifepisau ikanPentadbiran PerniagaanTiada1. Pisau kecil berhias bahagian atasnya digunakan dengan garpu untuk makan ikan.,2. Pisau besar dengan mata yang besar dan berhias bahagian atasnya yang digunakan dengan garpu besar empat cabang untuk menghidang ikan.
crack tooth syndromesindrom gigi retakPerubatanTiadaTanda dan gejala seperti gejala pendedahan pulpa atau dentin pada gigi, biasanya berestorasi besar dan sakit apabila makan.
dinner platepinggan makanPentadbiran PerniagaanTiadaPiring besar yang biasanya bergaris pusat 10" untuk hidangan sajian utama.
horseflypikatBiologiEntomologiSerangga dwisayap yang besar dalam famili Tababidae. Serangga betina dewasa menghisap darah dengan menggunakan bahagian mulut yang merupakan gabungan cara menikam nyamuk dan cara makan-turas langau hijau.
predatorpemangsaPerikananTiadaHaiwan yang memakan haiwan lain untuk hidup. Ikan pemangsa biasanya mempunyai mulut yang besar, rahang yang kuat serta gigi yang tajam. Ikan ini mempunyai tabiat makan secara meragut atau menyentap. Selain itu, ikan ini juga menangkap mangsa dengan cara menyerang hendap atau mengejar mangsanya.
hierarchy of spacehierarki ruangLandskapTiadaRuang yang disusun mengikut darjah kepentingan dan saiznya dalam suatu reka bentuk. Contohnya, susunan ruang kecil, ruang sederhana, ruang besar atau susunan laman tiba, ruang melayan tetamu dan ru ang makan.
hydrolyzed proteinprotein terhidrolisisVeterinarTiadaProtein yang telah diuraikan kepada asid-asid amino. Proses penguraian ini melibatkan tindak balas antara molekul besar protein dengan satu atau lebih molekul air dengan penghasilan molekul-molekul yang lebih kecil. Contoh sumber bahan ini ialah mil bulu unggas dan kulit haiwan. Bahan ini sesuai diberi makan pada ternakan yang mengalami masalah pencernaan dan kerosakan hepar kerana ia mudah dicerna, diserap dan dimanfaatkan dalam tubuh. Bahan ini selalu digunakan sebagai salah satu komponen susu gantian.
stimulantperangsang/stimulanHerbaTiadaHerba yang meningkatkan kewaspadaan, kesedaran, tenaga dan rasa kesejahteraan. Selain merangsang sistem saraf pusat, sebahagian besar perangsang juga meningkatkan aktiviti sistem saraf simpatetik dan menjana rasa euforia. Perangsang meningkatkan tekanan darah, kadar degupan jantung dan pernafasan serta digunakan terutamanya untuk mengubati asma dan masalah pernafasan lain. Herba ini boleh digunakan sebagai bahan santai. Perangsang juga cenderung disalahgunakan untuk meningkatkan ketahanan dan produktiviti serta mengurangkan selera makan. Contoh herba ini ialah kopi, teh, koko, ganja, ketum, candu dan biji pala.
great barracudaalu-aluPerikananTiadaSejenis ikan pelagik daripada famili Sphyraenidae, genus Sphyraena yang berhabitat di dalam air masin. Ikan alu-alu dewasa gemar berenang dalam kumpulan yang besar di kawasan terumbu laut, manakala yang bersaiz kecil pula gemar berenang di kawasan pantai, dan memasuki sungai serta lagun. Ikan ini daripada jenis pemangsa yang memakan sotong dan ikan kecil. Ikan ini sangat agresif dan dikategorikan sebagai ikan rekreasi. Masa terbaik untuk memancing ikan ini ialah pada musim bertelur di kawasan muara sungai kerana ikan alu-alu akan menuju ke kawasan tersebut untuk bertelur dan makan dalam jumlah yang lebih banyak daripada biasa. Sinonim kacang-kacang.
tautologytautologiKesusasteraanTiadaPengulangan secara keterlaluan sesuatu idea (perkataan, frasa, ucapan). Penggunaan perkataan atau frasa yang berlainan bagi menyatakan idea yang sama tanpa sebarang perbezaan dari segi penjelasan atau penekanan kepada pengucapan tersebut. Tautologi dianggap sebagai kecacatan stail. Contohnya, �lelaki bagaikan gajah yang tersergam itu sangat besar saiznya�, atau �saya sendiri secara peribadi...�, dan �raksasa gergasi yang suka makan orang�. Tautologi sebenarnya melanggar petunjuk Grice berkenaan kuantiti dan cara. Hal ini demikian kerana tautologi bersifat tidak memberikan maklumat serta mengulang-ulang sesuatu yang sudah diketahui, namun bukan semua tautologi melencong secara jelas atau tidak boleh diterima. Apabila tautologi berlaku dalam wacana, seseorang dapat membuat kesimpulan makna daripadanya, iaitu tautologi mempunyai tujuan pragmatik yang khusus untuk menegaskan sesuatu. Tautologi berasal daripada perkataan Yunani bermaksud �mengatakan yang sama�.
12

Kembali ke atas