Maklumat Kata

Puisi
 

Kelapa muda rumah Megat,
     Mari makan bulan puasa;
Badan muda biarlah ingat,
     Sementara belum rosak binasa.


Lihat selanjutnya...(12)

Pantun

PantunSumberTema
Sayang nak makan bulan puasa, Pergi ke jati terbang melayang; Kalaulah tak boleh bermain mata, Jatuhkan hati iman bergoyang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Kelapa muda rumah Megat, Mari makan bulan puasa; Badan muda biarlah ingat, Sementara belum rosak binasa.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Sirih kuning setangkai genap, Mari makan bulan puasa; Putih kuning suara sedap, Taruh mari mainan mata.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Pinang muda gantung di balai, Taruh makan bulan puasa; Orang muda jangan dilalai, Kalau lalai rosak binasa.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Beli terung beli kucai, Makan mari bulan puasa; Kena cium orang bermisai, Tiga tahun terasa-rasa.Kurik Kundi Merah SagaJenaka
Buah jambu masak ranum, Makan enak bulan puasa; Abang lalu sambil tersenyum, Hendak dikenang tidak berjasa.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Umpama ikan baru berenang, Pergi ke tasik makan lundi; Umpama bulan baru mengambang, Wajahmu cantik menawan hati.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Gulai kacang campur cendawan, Beri makan tuan puteri; Habis bintang disapu awan, Bulan bersinar dengan matahari.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Sayur labu digulai hangit, Kasi makan orang seberang; Beratus ribu bintang di langit, Tiada bulan cahaya tak terang.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Anak haruan lima berlima, Mencari makan di balik daun; Harap tuan saya terima, Habis bulan berganti tahun.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
12

Kembali ke atas