Maklumat Kata

Puisi
 

Kelapa muda rumah Megat,
     Mari makan bulan puasa;
Badan muda biarlah ingat,
     Sementara belum rosak binasa.


Lihat selanjutnya...(12)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaSayang nak makan bulan puasa, Pergi ke jati terbang melayang; Kalaulah tak boleh bermain mata, Jatuhkan hati iman bergoyang.
Kurik Kundi Merah SagaKelapa muda rumah Megat, Mari makan bulan puasa; Badan muda biarlah ingat, Sementara belum rosak binasa.
Kurik Kundi Merah SagaSirih kuning setangkai genap, Mari makan bulan puasa; Putih kuning suara sedap, Taruh mari mainan mata.
Kurik Kundi Merah SagaSirih kuning setangkai genap, Mari makan bulan puasa; Putih kuning suara sedap, Taruh mari mainan mata.
Kurik Kundi Merah SagaPinang muda gantung di balai, Taruh makan bulan puasa; Orang muda jangan dilalai, Kalau lalai rosak binasa.
Kurik Kundi Merah SagaBeli terung beli kucai, Makan mari bulan puasa; Kena cium orang bermisai, Tiga tahun terasa-rasa.
Kurik Kundi Merah SagaBuah jambu masak ranum, Makan enak bulan puasa; Abang lalu sambil tersenyum, Hendak dikenang tidak berjasa.
Kurik Kundi Merah SagaGulai kacang campur cendawan, Beri makan tuan puteri; Habis bintang disapu awan, Bulan bersinar dengan matahari.
Kurik Kundi Merah SagaSayur labu digulai hangit, Kasi makan orang seberang; Beratus ribu bintang di langit, Tiada bulan cahaya tak terang.
Kurik Kundi Merah SagaAnak haruan lima berlima, Mencari makan di balik daun; Harap tuan saya terima, Habis bulan berganti tahun.
12

Kembali ke atas