Kurik Kundi Merah Saga | Sayang nak makan bulan puasa, Pergi ke jati terbang melayang; Kalaulah tak boleh bermain mata, Jatuhkan hati iman bergoyang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kelapa muda rumah Megat, Mari makan bulan puasa; Badan muda biarlah ingat, Sementara belum rosak binasa. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sirih kuning setangkai genap, Mari makan bulan puasa; Putih kuning suara sedap, Taruh mari mainan mata. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sirih kuning setangkai genap, Mari makan bulan puasa; Putih kuning suara sedap, Taruh mari mainan mata. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pinang muda gantung di balai, Taruh makan bulan puasa; Orang muda jangan dilalai, Kalau lalai rosak binasa. |
Kurik Kundi Merah Saga | Beli terung beli kucai, Makan mari bulan puasa; Kena cium orang bermisai, Tiga tahun terasa-rasa. |
Kurik Kundi Merah Saga | Buah jambu masak ranum, Makan enak bulan puasa; Abang lalu sambil tersenyum, Hendak dikenang tidak berjasa. |
Kurik Kundi Merah Saga | Gulai kacang campur cendawan, Beri makan tuan puteri; Habis bintang disapu awan, Bulan bersinar dengan matahari. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sayur labu digulai hangit, Kasi makan orang seberang; Beratus ribu bintang di langit, Tiada bulan cahaya tak terang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak haruan lima berlima, Mencari makan di balik daun; Harap tuan saya terima, Habis bulan berganti tahun. |