Maklumat Kata

Puisi
 

Kelapa muda rumah Megat,
     Mari makan bulan puasa;
Badan muda biarlah ingat,
     Sementara belum rosak binasa.


Lihat selanjutnya...(12)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
feeding cyclepusingan makanPerikananTiadaKitaran waktu makan ikan bagi mendapatkan makanan secukupnya. Maklumat mengenai pusingan makan ikan dapat membantu pemancing menentukan masa yang sesuai untuk memancing ikan. Kitaran waktu makan ikan dipengaruhi oleh faktor masa tertentu seperti waktu bulan penuh atau waktu bulan sabit, waktu matahari naik atau waktu matahari terbenam, atau waktu air pasang atau waktu air surut. Contohnya, waktu matahari hampir terbenam dan waktu matahari hampir terbit merupakan masa yang paling sesuai untuk memancing kerana pada masa ini ikan sangat aktif mencari makanan.
teethingpertumbuhan gigiPergigianTiadaProses pergerakan gigi daripada tulang alveolus ke ruang mulut. Gigi desidus yang pertama tumbuh pada usia kanak-kanak enam bulan diikuti dengan gigi lain mengikut susunan pengeruptan. Proses ini biasanya tidak menimbulkan sebarang gejala. Walau bagaimanapun, sesetengah kanak-kanak boleh mengalami gejala seperti kemerahan dan bengkak pada mukosa mulut, demam, selera makan menurun, pengeluaran air liur berlebihan dan kemerahan pada pipi. Gigi kekal pertama tumbuh pada usia enam tahun dan diikuti dengan gigi lain mengikut susunan pengeruptan. Lihat juga susunan pengeruptan
leucaenapetai belalangVeterinarTiadaKekacang yang mempunyai nilai pemakanan yang tinggi, tahan terhadap pemotongan yang kerap, memberi hasil yang tinggi dan sesuai di kawasan yang mengalami taburan hujan yang rendah jika tanahnya subur. Kekacang ini kurang sesuai pada keadaan tanah yang berpasir atau air bertakung. Tanaman ini mempunyai akar tunjang yang panjang, terutamanya di tanah beralkali dan keadaan ini membuatkan ia tahan terhadap keadaan kemarau. Petai belalang ditanam menggunakan biji benih pada jarak 50 cm di antara pokok dan 1 meter di antara baris. Tanaman ini boleh menghasilkan bahan kering sebanyak 15-20 tan/hektar/tahun dengan protein kasar sebanyak 22-24%. Daun petai belalang amat disukai oleh ternakan ruminan. Ragutan yang berlaku di kawasan petai belalang yang bercampur dengan rumput boleh meningkatkan pengeluaran ternakan. Selain itu, petai belalang juga mengandungi mimosin iaitu sejenis racun yang boleh menyebabkan keguguran bulu, kehilangan selera makan, pengeluaran air liur yang berlebihan dan pembesaran kelenjar tiroid jika diberi melebihi 30% daripada keperluan bahan kering harian untuk tempoh melebihi tiga bulan. Nama saintifik: Leucaena leucocephala.

Kembali ke atas