Maklumat Kata

Puisi
 

Anak pelanduk tiga sekawan,
     Singgah makan buah simpur;
Gila mabuk denganmu tuan,
     Siang tak makan malam tak tidur.


Lihat selanjutnya...(10)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaSayang pelanduk tiga sekawan, Singgah berulam si buah simpur; Gila mabuk denganmu tuan, Siang tak makan malam tak tidur.
Kurik Kundi Merah SagaAnak pelanduk tiga sekawan, Singgah makan buah simpur; Gila mabuk denganmu tuan, Siang tak makan malam tak tidur.
Kurik Kundi Merah SagaCik Ali belayar ke Bangka, Tupai nandung makan padi; Siang malam tidak kusangka, Sudah terkandung di dalam hati.
Kurik Kundi Merah SagaAnak tasik dari hulu, Mengenang juga cincin permata; Malam tadi menahan rindu, Makan bersuap si air mata.
Kurik Kundi Merah SagaTengah malam waktunya sunyi, Di daratlah makan kijang berbunyi; Timbullah ompang denganlah pelangi, Alamatlah hilang kemala nanti.
Kurik Kundi Merah SagaPutik pauh asam mempelam, Mari makan waktu pagi; Hujan turun di malam kelam, Kerana kasih kumari lagi.
Kurik Kundi Merah SagaMakan kugaul hanya sedikit, Air berkocak di dalam talam; Badan berpeluh mataku sakit, Angkat mengucap di tengah malam.
Kurik Kundi Merah SagaNasi kunyit gulai ayam, Mari makan di Batu Melintang; Topi senget jalan malam, Jalan mencari sanggul melintang.
Kurik Kundi Merah SagaAnak itik makan padi, Padi disimpan di bawah tangga; Cantik sungguh adik yang tadi, Siang malam terbayang di mata.
Kurik Kundi Merah SagaWak Fakir berbaju jubah, Naik kuda berjalan malam; Hamba miskin bertambah susah, Cari makan di kampung orang.

Kembali ke atas