Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : makanan atau hi­dangan yg bahan utamanya ialah hidup­hidupan laut spt ikan, sotong, udang, ketam, kerang-kerangan dsb: restoran ~ laut; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1.Ibu membeli makanan laut di pasar . 2.Ibu membeli hidupan laut di pasar. Apakah yang kita panggil jika ikan,udang yang belum dimasak ? makanan laut atau hidupan laut ?

Makanan laut ialah makanan atau hidangan yang bahan utamanya ialah hidupan laut seperti ikan, udang dan sotong. Oleh itu, yang belum dimasak itulah hidupan laut


Tatabahasa27.09.2010
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Apakah istilah yang sesuai bagi Nasi Goreng Seafood jika diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu? Adakah Nasi Goreng Makanan Laut? Mohon pencerahan. Sekian, terima kasih.Istilah yang sesuai ialah Nasi Goreng Makanan Laut.Penyemakan dan penterjemahan08.10.2018
Bolehkah perkataan "Jadi" digunakan di tengah ayat? Contoh: Saya membesar di Pulau Pinang jadi makanan laut adalah makanan yang nostalgik bagi saya. Perlukah (,) ditambah?Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan jadi juga membawa maksud jadinya kerananya, kerana itu. Oleh itu, perkataan jadi boleh digunakan dalam ayat di atas dan tanda baca koma perlu ditambah.

"Saya membesar di Pulau Pinang, jadi makanan laut ialah makanan yang nostalgik bagi saya".
Tatabahasa07.06.2021
pembekal secara halal daging baharupembekal daging baharu dan makanan laut halalTatabahasa12.06.2008
apa perbezaan perkataan memperundangkan dan diperundangkan. dalam cheking spelling dalam dewan eja pro tidak ada perkataan diperundangkan. tetapi perkataan ( diperun dang) ada. kenapa diperun (jarak) dang. Dieja dengan dua perkataan. Adakah ayat ini betul: perlu letak diperundangkan atau memperundangkan. Enakmen pinjaman Negeri Pulau Pinang projek bangunan arkib dan pusat makanan laut di Batu Kawan 2009, maka dengan ini adalah diperundangkan oleh kuasa undangan Negeri Pulau Pinang. terima kasih.

Tuan Rusli,

Menurut Kamus Dewan dan Dewan Eja Pro  kata "memperundangkan" iaitu menjadikan sesuatu undang-undang: Manakala kata "diperundangkan"  merupakan kata  yang dipasifkan dengan penambahan imbuhan diper-...-kan dalam ayat pasif. Contoh ayat: segala hukum yang diperundangkan oleh Allah terhadap hambanya.(Mohon rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat). 

Bersama-sama ini disertakan ayat tuan yang telah diedit oleh pihak kami:

Maka dengan ini, Enakmen Pinjaman Negeri Pulau Pinang yang diperundangkan oleh kuasa undangan Negeri Pulau Pinang terhadap projek bangunan arkib dan pusat makanan laut di Batu Kawan 2009.

Walau bagaimanapun, ayat ini bergantung pada konteks keseluruhan dokumen yang ada pada pihak tuan.

Tatabahasa02.05.2009
Adakah perkataan atau ayat di banting ini menepati penggunaan bahasa melayu yang betul? Kerjasama dari pihak tuan amat kami hargai. Sekian terima kasih.Pembetulan:
1. JOM BERBUKA PUASA
2. Waktu dan Tempat Duduk Terhad
3. PANAS. MAKANAN BARAT . MAKANAN LAUT
Setelah dibuat pembetulan, kemukakan permohonan tuan melalui domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP", bukannya Khidmat Nasihat Bahasa.
Lain-lain01.06.2015
Mohon pendapat: Orang yang tidak makan makanan berdaging dipanggil Vegetarian, apakah panggilan kepada orang yang alahan kepada sesuatu bahan/makanan? Adakah orang itu dipanggil Alergen? Mohon bantuan. Terima kasih.Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat maksud Alergen ialah bahan protein atau bukan protein yg boleh menyebabkan alahanan. Istilah yang sesuai digunakan untuk orang yang mempunyai masalah alahan adalah seperti berikut: Contoh Alahan Makanan LautIstilah28.04.2016
Saya mengkaji perkataan 'vegan' dan mendapati bahawa tiada perkataan Bahasa Melayu yang rasmi untuk istilah tersebut. Jika diperinci di bahagian Khidmat Nasihat, saya mendapati perkataan 'kedai vegan' digantikan kepada kedai produk sayur-sayuran. Saya mendapati perkataan tersebut terlalu awam. Contoh, jika sebuah restoran ingin memasang iklan, adakah orang awam akan faham jika mereka menggunakan 'Restoran Produk Sayur-sayuran' ? Lebih baik jika perkataan baharu dicipta untuk terjemahan 'vegan' dan 'vegetarian'.

Menurut Kamus Dewan Perdana, “vegan” bermaksud orang yang hanya makan hasil tumbuhan dan langsung tidak memakan daging, makanan laut, telur termasuk produk tenusu, biasanya atas sebab keagamaan atau kesihatan. Manakala “vegetarian” pula ialah orang yang tidak makan daging dan ikan, biasanya atas sebab keagamaan dan kesihatan.

Dalam paparan awam seperti iklan,  perkataan “vegetarian” boleh digunakan. Sehubungan dengan itu, untuk keterangan aktiviti perniagaan dalam paparan iklan, sama ada “Kedai Produk Vegetarian” atau “Kedai Produk Sayur-sayuran”, kedua-duanya boleh digunakan.  

Istilah01.03.2022
Terdapat pengusaha menggunakan perkataan seperti "Restoran Sakai"..adakah menjadi kesalahan dari segi bahasa memandangkan pengusaha hanya menggunakan ayat tersebut sebagai gimik sahaja.Untuk makluman, perkataan sakai bermaksud 1. nama yang dipakai untuk orang asli (pada umumnya) 2. nama untuk suatu kaum daripada orang asli, Senoi 3. orang suruhan, hamba, pengikut. Berdasarkan maksud yang diberikan, penggunaan perkataan tersebut adalah salah. Perkataan RESTORAN biasanya dikuti oleh jenis makanan yang dijual. Contohnya, RESTORAN MAKANAN LAUT atau RESTORAN MAKANAN JEPUN.Makna07.10.2011
SAYA AISAH A.B QONY SAYA BELAJER BAHASA MELAYU SAYA INGIN BERTANYA TENTANG APAKAH MAKNA MAKANAN ?Menurut data kami, makanan bermaksud apa sahaja yang boleh dimakan (seperti nasi, roti, dan lain-lain), rezeki: segala ~ seperti sayur-sayuran dan ikan semuanya murah; ~ berzat makanan yang mempunyai zat (vita­min, protein, dll); ~ laut makanan atau hi­dangan yang bahan utamanya ialah hidup­hidupan laut spt ikan, sotong, udang, ketam, kerang-kerangan dan sebagainya: restoran ~ laut; ~ ringan makanan yang tidak begitu menge­nyangkan (seperti keropok, kacang, dan lain-lain) yang di­makan sambil-sambilan; ~ ruji makanan utama sehari-hari (seperti beras bagi penduduk Asia); ~ segera makanan yang ringkas dan dapat disediakan dengan cepat;Makna20.11.2015
12

Kembali ke atas