Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : makanan atau hi­dangan yg bahan utamanya ialah hidup­hidupan laut spt ikan, sotong, udang, ketam, kerang-kerangan dsb: restoran ~ laut; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MONOSODIUM GLUTAMAT (MSG)

Monosodium glutamat (MSG) ialah garam

yang digunakan dalam penyediaan dan

pemprosesan banyak makanan. Ia sendiri

mempunyai sedikit rasa, tetapi ia memperbaikkan

rasa makanan seperti daging, makanan laut, sup

dan sayur-sayuran. Monosodium glutamat ialah

bahan berhablur berwarna putih yang terbentuk

apabila natrium dicampurkan kepada asid amino

yang dinamakan asid glutamik (lihat Asid amino).

UMUM 
SPRAT

Sprat adalah satu daripada ikan laut yang lebih

kecil dalam famili hering. Sprat membesar

sepanjang 20 sentimeter. Ia hidup di perairan

pantai Eropah dari Laut Baltik dan Laut Utara

hingga ke Laut Mediterranean dan Laut Hitam. Ikan

ini mempunyai badan yang leper dengan tepi

bergerigi mata gergaji di sepanjang perutnya.

Sprat adalah ikan makanan yang penting. Ia

dimakan segar atau disalai. Sesetengahnya ditinkan

dalam minyak sebagai sardin kecil. Yang lain

diproses untuk dijadikan minyak ikan dan mil ikan.

Pengelasan saintifik. Sprat tergolong dalam famili

hering, Clupeidae. Sprat Eropah ialah Sprattus sprattus.

UMUM 
TERIPANG

Teripang ialah nama komersial bagi spesies

tertentu haiwan laut yang telah dikeringkan yang

dinamakan gamat atau timun laut (lihat Gamat ).

Teripang juga dinamakan bêche-de-mer . Ia

digunakan sebagai makanan di Timur Jauh. Gamat

mempunyai badan yang lembut bak cacing.

Panjangnya berbeza-beza dari beberapa sentimeter

hingga kira-kira 60 sentimeter. Untuk menyediakan

spesies yang boleh dimakan, bahagian dalam

dibuang dan badannya direbus. Kemudian ia

direndam dalam air segar dan disalai atau dijemur

dalam panas matahari. Ia menghasilkan bahan bak

getah yang digunakan untuk memekatkan dan

memperasa sup.

Pusat utama industri teripang ialah Ujung

Pandang, sebuah pelabuhan di Sulawesi,

Indonesia. California di Amerika Syarikat juga

mempunyai industri teripang.

UMUM 
BURUNG MUTTON

Burung mutton ialah nama bagi beberapa

spesies shearwater (burung laut) yang dijadikan

sebagai makanan (lihat Shearwater ). Burung

mutton ialah sejenis burung laut dan berwarna

perang-balung. Burung ini terbang hingga ke

Jepun dan Alaska untuk bertelur di pulau-pulau

yang terdapat di Hemisfera Selatan.

UMUM 
PETREL

Petrel adalah satu daripada sekumpulan besar

burung laut. Ia berkeliaran di semua lautan di

dunia. Petrel jarang datang ke daratan kecuali

semasa musim membiak, atau apabila ia ditiup

angin ribut ke pantai. Ia biasanya membuat sarang

di belebas yang terlindung atau dalam lubang di

sepanjang pesisir. Petrel berwarna hitam, kelabu

atau putih. Panjangnya berbeza-beza daripada kira-

kira 15 sentimeter hingga 90 sentimeter.

Sesetengah petrel mencari makanan dengan

menjunam ke dalam air. Tetapi kebanyakan petrel

terbang dekat dengan ombak dan mengambil

makanan dari permukaan air.

UMUM 
KEKAPIS

Kekapis ialah kerang-kerangan yang dijadikan

makanan. Ia adalah moluska dwicangkerang

(haiwan yang mempunyai dua keping cangkerang

yang melindungi badannya yang lembut dan tidak

bertulang). Kekapis tinggal di perairan cetek dalam

hampir semua laut dan kerap terdapat dalam

kumpulan yang besar pada pasir atau kelikir halus.

UMUM 
AGAR-AGAR

Agar-agar ialah bahan seperti gelatin yang

diperoleh daripada rumpai laut seperti lumut

Ceylon. Agar-agar digunakan sebagai kultur (asas)

tempat bakteria berkembang untuk kerja saintifik.

Tukang masak Timur menggunakan agar-agar

sebagai makanan. Agar-agar ini juga digunakan

dalam perubatan. Agar-agar rumpai laut adalah

daripada jenis alga merah. Alga ini terdapat di Asia

tropika dan di sepanjang pantai Lautan Pasifik di

Amerika Syarikat.

UMUM 
SARDIN

Sardin ialah anggota famili hering dan ikan

makanan yang penting. Perkataan sardin merujuk

kepada beberapa kumpulan ikan. Tetapi ia digunakan

terutamanya bagi spesies seperti sardin Pasifik,

sardin Afrika Selatan dan sardin Eropah, yang juga

dinamakan pilchard . Lain-lain anggota famili hering,

termasuk sprat dan hering Atlantik, juga dijual

sebagai sardin. Nama sardin diberi kepada ikan ini

kerana ia pertama kali ditangkap berhampiran

dengan pulau Sardinia di barat Laut Mediterranean.

UMUM 
OSTRAVA

Ostrava (pend. 331 448) ialah salah satu bandar yang

terbesar di Republik Czech. Ia terletak di bahagian

timur laut negara ini [lihat Republik Czech (peta)].

Ostrava merupakan pusat kawasan perindustrian

yang terbesar di negara tersebut. Bandar ini dikenali

kerana industri besi dan keluli yang sangat besar dan

kerana pengeluaran logamnya. Kawasan ini juga

mempunyai lombong batu arang, kilang penapisan

minyak, dan kilang kimia. Keluaran Ostrava yang lain

termasuklah bahan binaan rumah, makanan, pakaian

dan keluaran perabot.

UMUM 
SHAD

Shad ialah nama bagi beberapa spesies ikan bak

hering. Shad membesar sehingga kira-kira 60

sentimeter panjangnya dan beratnya lebih

daripada satu kilogram. Shad Amerika ialah ikan

makanan yang popular. Ia hidup di sepanjang

Pantai Atlantik di Amerika Utara, dari

Newfoundland hingga ke Florida. Ia memakan

plankton (organisma laut mikroskopik),

terutamanya krustasea yang dinamakan kopepod.

Shad ditangkap dengan jala semasa ia berhijrah

ke hulu sungai untuk bertelur. Sesetengah shad

dimakan sebagai ikan salai. Telurnya dimakan

sama seperti kaviar. Shad twaite hidup di laut di

Eropah. Ia dinamakan ikan mei kerana ia berhijrah

ke hulu sungai pada bulan Mei setiap tahun.

Sesetengahnya hidup di tasik yang dikelilingi

daratan dan tidak berhijrah.

UMUM 
12

Kembali ke atas