Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : makanan yg tidak begitu menge­nyangkan (spt keropok, kacang, dll) yg di­makan sambil-sambilan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
maksud makanan ringanMerujuk Kamus Dewan, makanan ringan bermakna makanan yg tidak begitu mengenyangkan (spt keropok, kacang, dll) yg dimakan sambil-sambilan. Untuk mengetahui makna sesuatu perkataan, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.Makna03.10.2008
Pejabat Urusan Makanan RinganJawapan yang betul ialah "Pejabat Urusan dan Kedai Makanan Ringan"Ejaan03.05.2023
TUAN SAYA LAMPIRKAN DOKUMEN BERIKUT UNTUK SEMAKAN PIHAK TUANKEDAI KEK & MAKANAN RINGAN = KEDAI KEK DAN MAKANAN RINGAN.

Sila buat pembetulan dan hantar di ruangan Khidmat Pengesahan Bahasa untuk proses pengesahan bahasa papan iklan.
Tatabahasa10.01.2013
TUAN SAYA LAMPIRKAN DOKUMEN YANG SAMA DALAM FORMAT POWERPOINTKEDAI KEK & MAKANAN RINGAN PERLU DITUKAR KEPADA KEDAI KEK DAN MAKANAN RINGAN.

Setelah membuat pembetulan, sila masuk ke ruangan Khidmat Pengesahan Iklan untuk proses kelulusan.
Tatabahasa10.01.2013
Saya amat menggemari makanan ringan yang berasaskan ubi kayu kerana rapuh dan sedap rasanya. 1. Adakah tatabahasa ayat di atas betul ? 2. Adakah penggunaan "nya" dalam ayat betul ? Terima kasih.Saya amat menggemari makanan ringan yang berasaskan ubi kayu kerana rapuh dan sedap rasanya. Ayat ini betul.Tatabahasa08.03.2016
Tuan, Terdapat didalam aturcara majlis perkataan 'kudapan'. Apakah perkataan tersebut boleh digunakan dalam majlis resmi dan apakah makna sebenar kudapan. Terima kasih.Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat kudapan bermaksud 1. makanan ringan seperti keropok yang dimakan di luar waktu makan.2. makanan ringan seperti minuman kopi dan kuih-muih yang dimakan sekadar mengalas perut dalam sesuatu majlis anatar waktu minum pagi dan tengah hari atau pada waktu petang atau selepas makan malam. Kata ini boleh digunakan dalam majlis rasmi. Makna06.03.2008
Apakah maksud perkataan 'kumpi'? Adakah ia sejenis makanan ringan tradisi?Maksud kumpi ialah moyang (lelaki dan perempuan).Makna30.04.2007
Memerlukan peengesahan bahasa dari pihak DBP untuk permohonon lesen iklan papan tanda dari DBKL: "KIOS MAKANAN RINGAN"Untuk pengesahan iklan, tuan/puan boleh merujuk di laman web ini iklan/">http://sbmb.dbp.gov.my/iklan/
Terima kasih
Lain-lain22.03.2017
Adakah ia betul untuk sekolah/tadika menggunakan buku bahasa melayu yang menggunakan perkataan seperti "gogel" (kaca mata renang), "Barbeku" (barbeque) "snek" (makanan ringan) / "stimbot". Ini bukan perkataan bahasa melayu dan ada pula pelbagai jenis buku dengan pelbagai perkataan bahasa lain. Saya risau kanak-kanak tidak dapat membezakan mana satu yang betul? Terperanjat saya mendapat tahu 'pengetip kuku' kini dikenali sebagai 'pemotong kuku'.Ejaan barbeku, snek dan stimbot telah diterima pakai dalam Kamus Dewan Edisi Empat. Ejaan gogel tidak disenaraikan. Dalam hal ini lebih baik gunakan cermin mata atau kaca mata renang.Ejaan21.02.2008
Bolehkah saya terjemahkan 'coffee time' kepada waktu berkopi?“Coffee time” dalam istilah pentadbiran perniagaan diberikan padanan “waktu rehat” iaitu, waktu berehat yang pendek pada waktu pagi atau petang yang menyajikan kopi atau teh dan makanan ringan. Lagipun, secara amalannya, ada pelbagai jenis minuman bukan sahaja kopi yang boleh diminum masa rehat, maka ‘waktu berkopi’ sangat harfiah terjemahannya.Istilah09.04.2014
12

Kembali ke atas