Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ma.la.pe.ta.ka] | ملاڤتاک

Definisi : berbagai-bagai kesusahan (ben­cana, kecelakaan, kesengsaraan, dsb): orang di kampung itu sedang menghadapi satu ~ besar akibat air sungai yg semakin naik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.la.pe.ta.ka] | ملاڤتاک

Definisi : segala apa yg menyebabkan sesuatu menjadi rosak atau musnah dgn tidak disangka-sangka; bencana; kecelakaan: Beliau tidak dpt datang kerana ditimpa ~ dlm perjalanan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
malapetaka
Rujuk :bencana

Peribahasa

Bahaya tumbuh,
     sengketa habis.

Bermaksud :

Perselisihan sesama sendiri hilang apabila berlaku sesuatu malapetaka.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
Bugang Bj Sm, Kd, Tbburung yang dipercayai membawa petanda malapetaka oleh masyarakat Kadazandusun.Puak Bangkahak mempunyai sejenis ilmu hitam yang disebut kolulut. Kolulut ini dijelmakan menjadi seekor burung besar yang disebut Bugang.Alat-alat Muzik Tradisional Sabah Warisan Budaya Kita BersamaGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
bekepit, *kepit* Ibkepercayaan Iban yang merujuk kepada kedudukan bilik tiga adik- beradik di mana bilik si bungsu tidak boleh terletak di tengah-tengah kerana dipercayai boleh mendatangkan malapetaka.Susunan bilik mereka diatur dengan baik supaya tidak melanggar pantang rumah panjang yang disebut bekepit. Bilik kepunyaan Anong dan Aning agak besar dan terletak di tengah-tengah rumah panjang.Gurang dengan Ansang MiangGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
lumingok, *lumingo* Mrsejenis tarian yang ditarikan dalam upacara keramaian yang dianjurkan oleh suku kaum Murut seperti majlis bersukaria, majlis kahwin atau majlis kesyukuran dan tidak boleh ditarikan sewaktu suku kaum tersebut ditimpa malapetaka seperti kematian dan sebagainya.Seperti juga suku kaum lain, kaum Timugon mempunyai tarian tradisi yang unik dan menarik perhatian banyak orang. Tarian yang dimaksudkan ialah Tarian Lumingok.Pemujaan semangat dewa dewiGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
nyengok, *jenguk* Ibpetanda yang ditunjukkan oleh binatang seperti rusa, pelanduk atau kijang yang kelihatan dari jauh, lazimnya di kawasan huma.‘Burung’ yang disebut nyengok, apabila dilihat, membawa alamat yang tidak baik. Kalau kita nampak ‘burung’ seperti ini kita mesti minta orang yang boleh makai burung menjauhkan huma dan orang yang mempunyai huma itu dari segala malapetaka.Novel Senggalang BurungGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas