Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nyu] | ڤڽو

Definisi : sj kura-kura besar yg bertelur banyak; jenis-jenisnya: ~ belimbing, ~ karah, ~ lumpur, ~ pulau; ~ bertelur beribu-ribu seorang pun tiada tahu, ayam bertelur sebiji pecah khabar sebuah negeri prb keuntungan orang kaya walau bagaimana banyak pun tidak men­jadi sebutan orang, tetapi keuntungan orang miskin walau sedikit pun ramai dicakapkan orang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.nyu] | ڤڽو

Definisi : beberapa jenis kura-kura besar yg telurnya boleh dimakan (banyak terdapat di kawasan Pantai Timur Semenanjung Malaysia), Chelone mydas. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
penyu (kata nama)
Bersinonim dengan tuntung, katung, kambar, kambau, kura-kura besar, agal, labi-labi, abau.,

Puisi
 

Kuala Abang pasirnya putih,
     Tempat penyu membuat sarang;
Apa guna hati merintih,
     Kekasih sudah dipinang orang.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Penyu itu bertelur beribu-ribu,
     seorang pun tidak tahu;
ayam bertelur sebiji,
     pecah khabar sekampung.

Bermaksud :

Keuntungan yang diperoleh orang kaya sedikit pun tidak menjadi sebutan orang, tetapi keuntungan yang diperoleh orang miskin walaupun sedikit riuhlah orang memperkatakannya. (Peribahasa lain yang sama makna: Penyu bertelur beratus-ratus banyaknya, senyap; ayam bertelur sebutir saja hingar sekampung).

 

Lihat selanjutnya...(6)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
green turtlepenyu hijauPerikananTiadaPenyu laut daripada famili Chelonidae, spesies Chelonia mydas. Penyu hijau ialah spesies penyu laut yang terancam dan merupakan reptillia prasejarah. Penyu ini berhijrah dalam jarak yang jauh merentasi beberapa negara di Asia Tenggara. Penyu hijau hanya bertelur di tempat tertentu sahaja.
hawksbill turtlepenyu sisikPerikananTiadaPenyu laut daripada famili Chelonidae, spesies Eretmochelys imbricate yang mempunyai cangkerang dan sisik besar berwarna keperang-perangan dan merupakan spesies yang terancam. Penyu sisik bergerak dalam jarak yang jauh di sekitar Asia Tenggara. Penyu sisik hanya bertelur di kawasan tertentu sahaja.
turtle stonebatu penyuGeologiTiada, biasanya terdiri daripada karbonat berargilit dan bentuknya mirip kepada bentuk penyu.
protected speciesspesies terlindungPerikananTiadaSpesies fauna dan flora yang dilindungi, dan tersenarai dalam rekod International Union for Conservation of Nature (IUCN) bagi mengelakkan hidupan daripada pupus. Contohnya, penyu hijau dan penyu sisik. Sinonim spesies terkawal.
turtlepenyu; pepenyuKomputerTiadaTiada
turtlepenyu; pepenyuPerikananTiadaTiada
sea turtlepenyu; pepenyuPerikananTiadaTiada
turtle grassrumput penyuPerikananTiadaTiada
turtleback faultsesar belakang-penyuGeologiTiadaTiada
reptiliareptiliaGeologiTiadaKelas vertebrat daratan yang terdiri daripada penyu, tuatara, cicak, ular, dan buaya.
12

Kembali ke atas