Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
peti (kata nama)
Bersinonim dengan pak, tong, banian, cerakin, kopek, canda peti, kendaga, pendaga, bangking.,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan, Sila jawap soalan-soalan berikut: 1."Kanda,izinkan bonda ke tasik untuk berehat,"titah permaisuri kepada sultan. Adakah penggunaan "kanda" dan "bonda" betul ? 2.Segera laporkan peristiwa itu kepada guru. 3.Kakinya menjadi kebas kerana lama merendam di dalam sungai itu. 4.Minuman dalam peti ais itu menjadi beku. 5.Orang-orang kampung sudah tidak memperkatakan akan hal itu. Adakah ayat-ayat no. 2-5 betul?Jika tidak,tolong beritahu cara membetulkannya. Terima kasih atas tunjuk ajar tuan.Salam sejahtera,

Ayat yang betul:

1. Kanda,izinkan dinda ke tasik untuk berehat,"titah permaisuri kepada sultan.

2. Segera laporkan peristiwa itu kepada guru.

3. Kakinya menjadi kecut kerana lama berendam di dalam sungai itu.

4. Minuman dalam peti ais itu menjadi beku.

5. Orang kampung sudah tidak memperkatakan akan hal itu.

Sekian, terima kasih.
Makna07.08.2017
Bolehkah berikan padanan BM yang sesuai untuk "Pre-Owned" sebagai adjektif & kata nama. Konteks adalah seperti barang terpakai. Contohnya "Pre-Owned Fridge" Terima kasih.

Cadangan padanan terjemahan dalam bahasa Melayu yang boleh digunakan mengikut konsep dan konteks ayat yang sesuai bagi pre-owned fridge ialah “peti ais pernah milik” atau “peti ais terpakai”.

Penyemakan dan penterjemahan05.09.2023
Salam pihak DBP, Saya mempunyai kemusykilan tentang terjemahan jawi ke rumi. Menurut Daftar Kata Bahasa Melayu Rumi-Sebutan-Jawi, Edisi Kedua, Dewan Bahasa dan Pustaka, ini merupakan bunyi yang disediakan oleh pihak DBP. Soalan saya adalah berkaitan dengan huruf ث . Dalam daftar kata ini, huruf Sa ditulis sebagai Sa (Tha) - apakah boleh diguna pakai dalam kurungan sebab jika nak eja penuh perkataan yang bermula dari huruf Sa, seperti Tsallajatun (Peti ais), Tsamaratun (Buah-buahan), Thaljun (ais), Tsaub (pakaian) - yang mana bentuk ejaan yang lebih tepat? Permulaan Tsa atau Tha? Mohon pencerahan daripada pihak DBP kerana saya menyediakan bahan ini untuk kanak-kanak prasekolah dan perlu sebutan dan ejaan yang tepat. Terima kasih, DBP.Ejaan hendaklah menggunakan nama yang diberi dan perkataan dalam tanda kurung ialah sebutan nama tersebut. Contoh:ثمرت
Apabila ditransliterasikan dalam Rumi menjadi samaratun, namun disebut thamaratun.
Lain-lain17.01.2020
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya menghantar dokumen dalam bentuk surat rasmi untuk meminta pihak tuan membuat semakan terhadap kata majmuk yang bakal saya gunakan dalam inovasi Bahasa Melayu.Terima kasih tuan.
Pembentukan Kata majmuk g dihasilkan melalui proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang membawa makna tertentu. Kata majmuk bertindak sebagai satu unit dan lazimnya dieja terpisah. Kata majmuk dibezakan daripada frasa kerana tidak dapat disisipkan sebarang ungsur antara unitnya. Senarai perkataan tersebut ialah kata majmuk dan perlu dieja terpisah: 
 
1. jam tangan / tanda nama / baju sekolah / tali pinggang / tali leher  / papan putih
2. kipas angin / meja makan / kaunter bayaran/ alas meja / bangku panjang / nasi lemak
3. penyiram air /pasu bunga /bunga raya / tukang kebun / papan tanda  / kolam ikan
4. peti ais / tanda harga  / penimbang berat / tarikh luput / tong sampah / air kotak
5. baju renang / bot nelayan / tapak sulaiman / air laut / rumah api / selipar getah 
6. bingkai gambar / rak televisyen / meja konsol / set sofa/ jam dinding / penyaman udaya
7. papan gelongsor / trek joging / kawasan larangan / palang besi / penunggang spring /            hutan kubah
8. sekatan pergerakan / pensanitasi tangan / barisan hadapan / penjarakan sosial / pelitup          muka  / sut hazmat
Tatabahasa14.07.2020

Kembali ke atas