Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : peti penyejuk utk menyimpan sayur­-sayuran (ikan dll) supaya tahan lama dll; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
peti (kata nama)
Bersinonim dengan pak, tong, banian, cerakin, kopek, canda peti, kendaga, pendaga, bangking.,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera. 1. Dia mengeluarkan sayur itu dari / daripada peti sejuk. 2. Raju mengambil buku cerita dari / daripada rak itu. Terima kasih & selamat Hari Raya Aidilfitri.1. Dia mengeluarkan sayur itu daripada peti sejuk.
2. Raju mengambil buku cerita daripada rak itu.
Tatabahasa16.08.2012
Baki wang yang mereka punyai selepas membeli sebuah peti sejuk ialah RM40. Adakah "mereka punyai" betul dari segi tatabahasa?Semua golongan kata utama iaitu kata nama, kata kerja, dan kata adjektif dan beberapa jenis kata tugas boleh bergabung dengan akhiran_i untuk membentuk kata kerja. Akhiran -i membentuk kata kerja transitif. Jadi ayat "Baki wang yang mereka punyai selepas membeli sebuah peti sejuk ialah RM40" betul dari segi tatabahasa. Harap maklum.Tatabahasa29.09.2006
Salam. Perlukah tanda bacaan koma (,) sebelum sendi kata "dan"? Cth: "Saya mempunyai banyak barangan elektrik seperti peti sejuk, kipas angin, mesin basuh, dan sterika elektrik." (perhatian kpd koma (,) selepas mesin basuh sebelum dan). Terima kasih.Menurut Buku Gaya Dewan Edisi Ketiga, tanda koma berfungsi sebagai unsur pemisah.  Contohnya tanda koma memisahkan unsur-unsur kata yang berurutan:  Bendera itu berjalur merah, putih, dan biru.  Tanda koma hendaklah digunakan sebelum "dan", "atau", dan "serta" yang diikuti dengan frasa. Contoh kedudukan tanda koma sebelum "dan" pada ayat yang tuan/puan beri itu adalah betul.Lain-lain25.01.2016
Sila gantikan perkataan yang berada dalam kurungan dengan perkataan yang betul dan tepat. (a) Encik Leong mengetepikan keretanya untuk memberi laluan kepada kereta ambulans yang (buta) itu. (b) Televisyen yang (buta) itu terpaksa diperbaiki semula. (c) Sesiapa pun tidak dibenarkan makan buah (asli) di hutan itu kerana beracun. (d) Datuk saya merupakan orang yang (asli) sekali dalam keluarga saya. (e) Makanan yang berlebihan itu disimpan di dalam peti sejuk supaya tidak (mati). (f) Pensel yang sudah (mati) itu saya buangkan ke dalam tong sampah. (g) Gambar bintang filem itu tidak elok diletakkan di ruang tamu kerana kelihatan tidak (bahasa).Untuk makluman tuan, kami menyediakan perkhidmatan bagi membantu pelanggan menangani permasalahan bahasa seperti ejaan, istilah dan tatabahasa. Contohnya, kekeliruan tentang ejaan yang betul, penggunaan istilah yang tepat bagi sesuatu terminologi dan permasalahan tentang tatabahasa. Kami dapati pertanyaan tuan bukanlah berkisar tentang permasalahan yang tersebut, tetapi lebih kepada memberikan jawapan kepada soalan yang dibekalkan seperti lazimnya soalan peperiksaan dan buku rujukan. Kami tidak menyediakan perkhidmatan memberikan jawapan kepada soalan yang dibina; sebaliknya pihak tuan perlulah merujuk kamus dan buku tatabahasa, atau berbincang dengan panel penggubal soalan yang lain. Jika ada pertikaian tentang sesuatu isu tatabahasa yang menjadi jawapan kepada soalan tersebut, seperti "menemukan mayat atau menemui mayat", tuan boleh menghubungi pihak kami semula.Lain-lain08.12.2015

Kembali ke atas