Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : peti penyejuk utk menyimpan sayur­-sayuran (ikan dll) supaya tahan lama dll; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
peti (kata nama)
Bersinonim dengan pak, tong, banian, cerakin, kopek, canda peti, kendaga, pendaga, bangking.,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
peti sejukpeti penyejuk utk menyimpan sayur­-sayuran (ikan dll) supaya tahan lama dll;Kamus Dewan Edisi Keempat
peti sejuk (ais, air batu)alat penyejuk tempat menyimpan makanan dan minuman supaya tahan lama dll.Kamus Pelajar Edisi Kedua
kulkaspeti sejuk (tempat menyimpan makanan supaya tidak busuk dll).Kamus Dewan Edisi Keempat
kotak segarbekas di dlm peti sejuk tempat menyimpan bahan makanan supaya sentiasa segar;Kamus Dewan Edisi Keempat
Freon(fréon) kumpulan (jenama) sebatian yg digunakan sbg bahan penyejuk dlm peti sejuk dsb.Kamus Dewan Edisi Keempat
kotak1. sj bekas berbentuk segi empat tepat atau segi empat sama, mempunyai tudung, dan biasanya dibuat drpd kadbod, papan, atau logam; 2. bahagian (dlm rumah, sawah, dll) yg bersekat-sekat atau berbentuk empat persegi, petak, ruang empat persegi; ~ fius kotak yg mengandungi fius-fius elektrik, biasanya dipasang pd dinding rumah, bangunan dsb; ~ hitam alat elektronik yg dipasang pd kapal terbang utk mengumpul dan menyimpan maklumat yg berkaitan dgn penerbangan kapal terbang berkenaan; ~ pos (surat) peti surat; ~ segar bekas di dlm peti sejuk tempat menyimpan bahan makanan supaya sentiasa segar; sampan ~ sampan yg bersekat-sekat (ber­petak-petak); berkotak-kotak 1. berpetak-petak, bersekat­-sekat: sawah yg berkotak-kotak; 2. bercorak spt kotak (bergaris empat persegi): memakai kain pelikat ~ putih dgn jalur-jalur merah; mengotakkan membahagikan sesuatu pd beberapa bahagian yg berasingan, memisah­kan, mengasingkan.Kamus Dewan Edisi Keempat
peti Isj kotak yg besar dan bertutup (dibuat drpd kayu dll); ~ besi peti yg kukuh drpd besi tempat menyim­pan barang-barang berharga; ~ gewang sj peti yg dihiasai dgn intan permata (mutiara dll); ~ jenazah (mati, mayat) peti utk menanam orang mati, keranda; ~ (me)nyanyi = ~ bicara (ngomong) bp mesin bicara, gramofon; ~ pekak = ~ wang peti (tabung) tempat menyim­pan wang; ~ radio radio; ~ sejuk = ~ ais (air batu) peti penyejuk utk menyimpan sayur­-sayuran (ikan dll) supaya tahan lama dll; ~ suara bahagian kerongkong tempat menge­luarkan suara; ~ surat peti (kotak) tempat surat (bernombor dan ditempatkan di pejabat pos); ~ undi peti berkunci dan bermeterai tempat para pengundi memasukkan kertas undi setelah memangkah calon pilihan masing­-masing dlm sesuatu pilihan raya dll; berpeti-peti beberapa buah peti.Kamus Dewan Edisi Keempat
petikotak bertutup yg dibuat drpd besi atau kayu. ~ besi peti drpd besi biasanya tempat menyimpan wang. ~ mati a. tempat menyimpan duit yg sukar hendak dikeluarkan duitnya. b. = ~ jenazah (mayat) peti panjang tempat meletakkan jenazah. ~ nyanyi mesin tempat memainkan piring-piring hitam. ~ sejuk (ais, air batu) alat penyejuk tempat menyimpan makanan dan minuman supaya tahan lama dll. ~ suara bahagian dlm kerongkong tempat mengeluarkan suara. ~ surat a. peti bernombor di pejabat pos tempat menerima surat dll. b. peti tempat memasukkan surat dsb yg hendak dikirim. ~ undi peti yg berkunci dan dimeterai, tempat para pengundi memasukkan kertas undi setelah mengundi dlm sesuatu pilihan raya dsb.Kamus Pelajar Edisi Kedua
sejuk I1. tidak panas atau hangat, rendah suhu-nya, dingin: peti ~; 2. segar dan nyaman: apa-bila banyak udara keluar masuk dr sesebuah bilik, maka bilik itu akan menjadi ~; 3. berasa dingin: kulit ini memelihara tubuh drpd ~, basah, ...; 4. ki tenang dan tenteram (fikiran), senang dan lega: berita yg hendak hamba nyata-kan ini elok didengar ketika fikiran sedang ~ dan nyaman; ~ hati tidak risau, lega, tenang; ~ paru-paru sj penyakit bengkak paru-paru; ~ senyek Kl sejuk benar (macam air batu); bersejuk terdedah kpd keadaan sejuk, kena sejuk: kenapa ayah dibenarkan bangun pd pagi hari utk ke tandas sedangkan ia tidak tahan ~? menyejuki menjadikan sejuk oleh sesuatu: bilik itu disejuki oleh sebuah kipas gantung; menyejukkan 1. menjadikan sejuk (dingin, segar, dll), mendinginkan: dia pergi meren-damkan dirinya dlm sungai utk ~ badannya yg panas itu; 2. menenangkan (fikiran, perasaan, dll), meredakan atau menghilang-kan (kemarahan dll), menghiburkan, menye-nangkan: senyuman dan pandangan yg berisi itu ~ hatinya; cinta sbg api membakar, cinta sbg air ~; 3. ki membaikkan (keadaan), memulihkan: nilai mata wang sterling telah diturunkan utk ~ ekonomi yg terlalu kucar-kacir; kesejukan 1. perihal sejuk, kedinginan: di tengah-tengah ~ yg menjadi-jadi itu, Hayati merasai kedua-dua pipinya basah; 2. kena (mendapat) sejuk, masuk angin: kaki tangan­nya menggeletar ~; penyejukan perihal menyejukkan; ~ hawa perihal menyamankan hawa (udara dlm bilik, kereta, dll); penyejuk sesuatu yg menjadikan sejuk (kipas angin, dll): mesin ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
petikotak bertutup yg dibuat drpd besi atau kayu. ~ besi peti drpd besi biasanya tempat menyimpan wang. ~ mati a. tempat menyimpan duit yg sukar hendak dikeluarkan duitnya. b. = ~ jemaah (mayat) peti panjang tempat meletakkan jenazah. ~ nyanyi mesin tempat memainkan piring-piring hitam. ~ sejuk (ais, air batu) alat penyejuk tempat menyimpan sayur-sayuran dll supaya tahan lama. ~ suara bahagian dlm kerongkong tempat mengeluarkan suara; laring: ~ surat a. peti bernombor di pejabat pos tempat menerima surat dll. b. peti tempat memasukkan surat dsb yg hendak dikirim.Kamus Pelajar
12

Kembali ke atas