1. Apa makna kelumpang? 2. Apa makna selubung? | Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, kelumpang bermaksud 1. sj tumbuhan (pokok), kelumpung, Sterculia foetida; 2. = ~ burung sj tumbuhan (pokok), perupuk, rongga jantan, unting-unting, Sterculia parviflora; 3. = ~ keras sj tumbuhan (pokok), katak udang, otak udang, Buchanania lucida. Manakala selubung pula bermaksud kain utk menutup kepala atau badan; kelubung. berselubung memakai selubung; berkelubung. menyelubung menutup sesuatu dgn selubung: Dia ~ anaknya dgn kain pelekat. menyelubungi 1 menjadi sbg selubung pd: Sehelai kain pelikat ~ kepala anaknya. 2 ki menjadikan sesuatu kejahatan dll tidak diketahui orang: Keramahannya itu hanya utk ~ maksudnya yg buruk. menyelubungkan menggunakan sesuatu sbg selubung: Dia ~ kain itu pd kepalanya. | Lain-lain | 15.05.2010 |
adakah ayat berikut betul : Suasana yang meriah menyelubungi dewan. | Selubung bermaksud menutup, menyelimuti, melitupi, dan menyelaputi. Dalam contoh ayat yang diberikan, jika dicampur dengan unsur estetika, tidak salah menggunakan kata 'menyelubungi' bagi membawa maksud suasana di dalam dewan itu penuh kemeriahan. | Makna | 17.03.2008 |
Apakah perbezaan antara "tengkolok" dan "tanjak"? | Salam sejahtera, TENGKOLOK 1. kain penutup kepala, bulang hulu, destar, setangan kepala, tanjak 2. kain penutup kepala atau selubung (drpd sutera dll) yg dipakai oleh wanita TANJAK kain yg diikatkan pd kepala; tengkolok; destar. Untuk keterangan lanjut, sila layari http://prpm.dbp.gov.my/. Sekian, terima kasih. | Makna | 12.08.2017 |
Apakah perkataan Melayu untuk 'fly veil' dan 'fly fringes'? Untuk kegunaan pada kuda. Terima kasih. | Padanan istilah tersebut adalah seperti yang berikut: fly veil - selubung serangga fly fringes - rumbai serangga Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 18.04.2022 |