Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.lu.bung] | سلوبوڠ

Definisi : 1. kain dll utk menutup badan (kepala dll), kelubung: sangka mereka anak-nya itu sudah tidur tetapi Salim dr dlm ~nya mendengar perbualan mereka; 2. sesuatu yg digunakan sbg penutup, pem­bungkus, pembalut; ~ air (Kej) air penyejuk yg mengisi ruang di sekeliling silinder enjin; berselubung memakai selubung, berselimut, bertudung (bertutup) litup: maka diambilnya kain lalu ~ ia pd tempat tidur itu; seorang perempuan muda yg ~ kain Bugis ungu halus dr kepala sampai ke lututnya; menyelubung, menyelubungi 1. menu­tup (menudung) litup dgn selubung dll, memberi berselubung: dia menyelubungi kepalanya dgn kain selimutnya; 2. membungkusi, membaluti: badan tikus belanda diselubungi oleh rambut atau bulu; 3. ki menutupi se-suatu (kejahatan dll), menyelimuti: mukanya yg manis itu ~ hatinya yg jahat; 4. ki menyelaputi, melitupi: ketika itu alam sedang diselubungi cuaca gelap-gelita; kebingung-an yg ~ pemikiran orang ramai; menyelubungkan menutupkan (menu­dung­-kan) menyelimutkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.lu.bung] | سلوبوڠ

Definisi : kain utk menutup kepala atau badan; kelubung. berselubung memakai selubung; berkelubung. me­­nyelubung menutup sesuatu dgn selubung: Dia ~ anaknya dgn kain pe­lekat. menyelubungi 1 menjadi sbg selubung pd: Sehelai kain pelikat ~ kepala anaknya. 2 ki menjadikan sesuatu kejahatan dll tidak diketahui orang: Keramahannya itu hanya utk ~ maksudnya yg buruk. menyelubung­kan menggunakan sesuatu sbg se­lu­bung: Dia ~ kain itu pd kepalanya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
kinematic envelopeselubung kinematikKejuruteraan AutomotifTiadaTanda selubung yang menunjukkan tahap kebenaran saiz. Stok kereta bergerak di atas landasan di dalam kawasan tolok struktur setelah mengambil kira gerak dinamik stok kereta dan kelegaan binaan landasan.
abradable shroudselubung tahan lelasKejuruteraan Kapal TerbangTiadaSelubung turbin, umumnya berbentuk gegelang segi enam, bersifat tahan lelas, dipasang pada bahagian luar selongsong turbin.
honeycomb shroud ringgegelang selubung indung maduKejuruteraan Kapal TerbangTiadaSelubung turbin berbentuk gegelang tahan lelas yang berstruktur indung madu.
shroudselubungTeknikElektrikPenebat yang disarung pada sesendal kabel bagi melindungi kabel daripada lembapan. Selubung juga bertindak sebagai sarung kabel PVC sehingga ke penutup peralatan atau alat tambah.
fan shroudselubung kipasKejuruteraan AutomotifEnjinPerumah plastik atau logam yang menutup dan melindungi kipas enjin. Perumah ini membolehkan kipas enjin menarik udara melalui celah sirip radiator dengan lebih efisien dan menghalang berlakunya kitaran semula udara. Selubung kipas dilekatkan terus pada bahagian belakang radiator dan biasanya berbentuk segi empat di bahagian radiator dan bulat di bahagian kipas enjin.
shroudselubungKejuruteraanTiadaTiada
shroudselubungKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaKepingan melengkung yang dipasang mengelilingi kipas enjin, untuk menambah prestasi edaran udara yang melalui penyinar sistem penyejuk enjin.
failure envelopeselubung kegagalanGeologiTiadaTiada
cloud veilselubung awanGeologiTiadaTiada
universal veilselubung universalPertanianTiadaTiada
123

Kembali ke atas