Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.na.rai] | سناراي

Definisi : catatan (rakaman) nama, perkara, dll yg disusun berderet atau mengikut urutan tertentu dr atas ke bawah, daftar: ~ harga barang; menyenaraikan 1. menuliskan dlm bentuk daftar (mengikut bilangan), menjadikan senarai: bukti-buktinya terlalu banyak utk disenarai-kan; 2. (Eko) memasukkan sesuatu saham sesebuah syarikat ke dlm senarai saham di bursa saham supaya ia boleh diniagakan di bursa tersebut: saham syarikat itu telah disenaraikan di Papan Kedua Bursa Saham Kuala Lumpur; tersenarai tercatat (terakam, termasuk) dlm sesuatu senarai atau dlm senarai tertentu; penyenaraian 1. perbuatan (kerja, proses) menyenaraikan, perihal (perbuatan dsb) me-masukkan ke dlm senarai: ~ manuskrip dlm bahasa Melayu; ~ kata kerja; 2. (Eko) proses memasukkan sesuatu saham sesebuah syarikat ke dlm senarai saham di bursa saham supaya ia boleh diniagakan di bursa tersebut. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.na.rai] | سناراي

Definisi : beberapa nama (orang, benda dll) yg ditulis atau dicap berturut-turut; daftar: ~ nama pengarang. ~ hitam senarai nama orang (syarikat dll) yg disyaki melakukan sesuatu yg salah atau yg membahayakan. ~ semak senarai yg di dlmnya terkandung barang-barang yg diperlukan, perkara yg perlu dilakukan, hal yg perlu diberi pertimbangan dsb, yg digunakan utk disemak supaya semuanya telah ada, telah dilakukan dsb. menyenaraikan menulis dlm bentuk senarai; membuat senarai. pe­nyenaraian perbuatan (kerja, proses) menyenaraikan: ~ manuskrip dlm bahasa Melayu telah diusahakan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
senarai (kata nama)
Bersinonim dengan daftar, lis, faharasat, indeks, katalog, jadual, susunan, catatan;,
Kata Terbitan : menyenaraikan, tersenarai, penyenaraian,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Berikut adalah beberapa senarai-senarai barang yang diperlukan oleh nenek Swee Lan untuk membuat kuih bakul. A.Berikut adalah senarai barang-barang B.Adalah yang berikut senarai beberapa barang C.Yang berikut adalah senarai beberapa barang D.Berikut adalah beberapa senarai-senarai barang Jawapan yang diberikan adalah C. Selain tempatnya indah, kami tertarik dengan keindahan seni bina rumah di kawasan ini. A.kami tertarik keindahan seni bina B.kami tertarik tentang seni pembinaan C.kami tertarik oleh keindahan seni bina D.kami tertarik dengan keindahan seni bina Jawapan yang diberikan adalah C. Saya ingin mengetahui sebab kedua-dua jawapan tersebut adalah betul. Sekian, terima kasih.

1. Tiada jawapan yang betul kerana kata pemeri adalah perlu diikuti oleh kata sendi nama seperti untuk, dari, daripada, dll. Jawapan C akan menjadi betul sekiranya perkataan adalah digantikan dengan ialah.

2. Jawapan yang betul ialah D, bukan C kerana jawapan C untuk kata tertarik oleh seni bina membawa maksud seni bina itu yang menarik saya.

 

Tatabahasa29.07.2009
yang manakah betul? 'senarai peserta-peserta' atau 'senarai peserta'?Jawapan yang betul ialah senarai peserta.Lain-lain17.08.2010
frasa nama yang manakah betul? (senarai nama guru / senarai guru)Frasa yang betul ialah "senarai guru".Tatabahasa24.12.2014
Selamat sejahtera, Adakah "Senarai untuk dibuat" atau "Senarai tugasan" sesuai untuk terjemahan "Todo list"? Jika kedua-duanya salah, saya mohon pendapat pihak DBP. Terima kasih.Senarai tugasan boleh digunakan sebagai padanan frasa tersebut.Penyemakan dan penterjemahan28.03.2015
Selamat sejahtera, Adakah "Senarai untuk dibuat" atau "Senarai tugasan" sesuai untuk terjemahan "To-do list"? Jika kedua-duanya salah, saya mohon pendapat pihak DBP. Terima kasih.Senarai tugasan boleh digunakan sebagai padanan frasa tersebut.Tatabahasa28.03.2015
Kaedah menggunakan tanda "/" dalam penulisan. a) Senarai aset/inventori. b) Senarai aset/ inventori. Perlu diletakkan sengkang selepas tanda "/" atau tidak? Terima kasihKaedah penulisan yang betul:

a) Senarai aset/inventori (tidak perlu dijarakkan selepas tanda palang)
Lain-lain23.03.2017
Yang berikut mana satu adalah betul? Sebab? 1. Senarai borang-borang yang digunakan... 2. Senarai borang yang digunakan...Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua, senarai bermaksud beberapa nama (orang, benda dan lain-lain) yang ditulis atau dicap berturut-turut; daftar: ~ nama pengarang. ~ hitam senarai nama orang (syarikat dan lain-lain) yang disyaki melakukan sesuatu yang salah atau yang membahayakan. ~ semak senarai yang di dalamnya terkandung barang-barang yang diperlukan, perkara yang perlu dilakukan, hal yang perlu diberi pertimbangan dsb, yang digunakan untuk disemak supaya semuanya telah ada, telah dilakukan dsb.


Daripada takrifan tersebut, frasa yang betul ialah senarai borang yang digunakan...
Tatabahasa19.11.2014
Yang manakah betul/tepat - (1) Yang berikut ialah senarai nama... (2) Berikut ialah senarai nama.... harap dapat berikan rasionalnya. Terima kasihAyat yang gramatis ialah "Yang berikut ialah senarai nama ..." kerana "Yang berikut" ialah Frasa Nama yang menjadi subjek ayat hadir di hadapan Predikat (ialah senarai nama). Ayat "Berikut ialah senarai nama", Perkataan "Berikut" ialah kata kerja dan kata kerja tidak boleh menjadi Subjek ayat.Tatabahasa06.07.2012
SENARAI EDARAN SEPERTI DI LAMPIRAN YB Tan Sri / Datuk Seri / Datuk Seri Panglima / Dato’ Seri / Dato’ Sri / Datuk / Dato’ / Tuan / YBhg. Datuk, PERKARA Dengan hormatnya saya menarik perhatian YB Tan Sri / Datuk Seri / Datuk Seri Panglima / Dato’ Seri / Dato’ Sri / Datuk / Dato’ / Tuan / YBhg. Datuk, kepada perkara tersebut di atas. Mohd Yunus dengan hormatnya mohon pandangan daripada pihak tuan/puan jua.... terima kasih.Soalan yang dikemukakan tidak jelas. Sila hubungi kami semula.Tatabahasa15.02.2019
Senarai sekolah yang perlu dinaiktaraf mengikut diselesaikan pada Mac 2015.. dinaiktaraf atau dinaiktarafkan ? Adakah betul ayat in?kalau tak betul..dipohon diperbetulkan..terima kasih..Ejaan yang betul ialah dinaik taraf. Sila betulkan ayat tuan kerana maksud yang hendak disampaikan tidak kami fahami dan sukar untuk dibuat pembetulan.Tatabahasa20.03.2015
12345678910...

Kembali ke atas