Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.na.rai] | سناراي

Definisi : catatan (rakaman) nama, perkara, dll yg disusun berderet atau mengikut urutan tertentu dr atas ke bawah, daftar: ~ harga barang; menyenaraikan 1. menuliskan dlm bentuk daftar (mengikut bilangan), menjadikan senarai: bukti-buktinya terlalu banyak utk disenarai-kan; 2. (Eko) memasukkan sesuatu saham sesebuah syarikat ke dlm senarai saham di bursa saham supaya ia boleh diniagakan di bursa tersebut: saham syarikat itu telah disenaraikan di Papan Kedua Bursa Saham Kuala Lumpur; tersenarai tercatat (terakam, termasuk) dlm sesuatu senarai atau dlm senarai tertentu; penyenaraian 1. perbuatan (kerja, proses) menyenaraikan, perihal (perbuatan dsb) me-masukkan ke dlm senarai: ~ manuskrip dlm bahasa Melayu; ~ kata kerja; 2. (Eko) proses memasukkan sesuatu saham sesebuah syarikat ke dlm senarai saham di bursa saham supaya ia boleh diniagakan di bursa tersebut. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.na.rai] | سناراي

Definisi : beberapa nama (orang, benda dll) yg ditulis atau dicap berturut-turut; daftar: ~ nama pengarang. ~ hitam senarai nama orang (syarikat dll) yg disyaki melakukan sesuatu yg salah atau yg membahayakan. ~ semak senarai yg di dlmnya terkandung barang-barang yg diperlukan, perkara yg perlu dilakukan, hal yg perlu diberi pertimbangan dsb, yg digunakan utk disemak supaya semuanya telah ada, telah dilakukan dsb. menyenaraikan menulis dlm bentuk senarai; membuat senarai. pe­nyenaraian perbuatan (kerja, proses) menyenaraikan: ~ manuskrip dlm bahasa Melayu telah diusahakan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
senarai (kata nama)
Bersinonim dengan daftar, lis, faharasat, indeks, katalog, jadual, susunan, catatan;,
Kata Terbitan : menyenaraikan, tersenarai, penyenaraian,


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Senarai akhir Komsas diketahui April-Utusan Malaysia20.02.2008
Senarai penuh penerima Anugerah Seni Negara 2006TiadaHarian Metro22.11.2006
"Senarai istilah bahasa daerah"TiadaBerita Harian16.11.1986
Senarai istilah sains dan teknologi Jangan biarkan kesalahan dalampenggunaan bahasa dan istilah berlarutan !TiadaNew Straits Times13.09.1982
Senarai penuh penerima anugerahTiadaBerita Harian08.03.1991
Senarai penulis buku teks KBSRNoraini Abdul RazakUtusan Malaysia03.12.1996
Senarai menang kalahRustam A. SaniUtusan Malaysia28.05.1997
Senarai harga buku-buku teks DBPTiadaUtusan Malaysia26.11.1997
Senarai harga buku-buku teks Dewan Bahasa dan PustakaTiadaBerita Harian08.12.1997
'Senarai Dr. M', ketelusan dan era baruJohan JaaffarUtusan Malaysia22.06.1998
12345

Kembali ke atas