Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.na.rai] | سناراي

Definisi : catatan (rakaman) nama, perkara, dll yg disusun berderet atau mengikut urutan tertentu dr atas ke bawah, daftar: ~ harga barang; menyenaraikan 1. menuliskan dlm bentuk daftar (mengikut bilangan), menjadikan senarai: bukti-buktinya terlalu banyak utk disenarai-kan; 2. (Eko) memasukkan sesuatu saham sesebuah syarikat ke dlm senarai saham di bursa saham supaya ia boleh diniagakan di bursa tersebut: saham syarikat itu telah disenaraikan di Papan Kedua Bursa Saham Kuala Lumpur; tersenarai tercatat (terakam, termasuk) dlm sesuatu senarai atau dlm senarai tertentu; penyenaraian 1. perbuatan (kerja, proses) menyenaraikan, perihal (perbuatan dsb) me-masukkan ke dlm senarai: ~ manuskrip dlm bahasa Melayu; ~ kata kerja; 2. (Eko) proses memasukkan sesuatu saham sesebuah syarikat ke dlm senarai saham di bursa saham supaya ia boleh diniagakan di bursa tersebut. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.na.rai] | سناراي

Definisi : beberapa nama (orang, benda dll) yg ditulis atau dicap berturut-turut; daftar: ~ nama pengarang. ~ hitam senarai nama orang (syarikat dll) yg disyaki melakukan sesuatu yg salah atau yg membahayakan. ~ semak senarai yg di dlmnya terkandung barang-barang yg diperlukan, perkara yg perlu dilakukan, hal yg perlu diberi pertimbangan dsb, yg digunakan utk disemak supaya semuanya telah ada, telah dilakukan dsb. menyenaraikan menulis dlm bentuk senarai; membuat senarai. pe­nyenaraian perbuatan (kerja, proses) menyenaraikan: ~ manuskrip dlm bahasa Melayu telah diusahakan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
senarai (kata nama)
Bersinonim dengan daftar, lis, faharasat, indeks, katalog, jadual, susunan, catatan;,
Kata Terbitan : menyenaraikan, tersenarai, penyenaraian,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
mailing listsenarai alamat/senarai melPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
mailing listsenarai alamat/senarai melEkonomiTiadaTiada
mailing listsenarai alamat/senarai melPerpustakaanTiadaTiada
mailing listsenarai alamat/senarai melPentadbiran PerniagaanTiadaCatatan bersusun alamat untuk tujuan pos promosi dan pemasaran.
mailing list managerpengurus senarai melTeknologi MaklumatTiadaPerisian yang menyenggara senarai mel dalam Internet atau intranet. Pengurus senarai mel menerima mesej yang dikirim oleh pengguna dan menghantar salinan mesej kepada semua pelanggan. Mesej ini mungkin disunting oleh moderator sebelum dihantar. Pengurus senarai mel juga menerima dan memproses permintaan pengguna seperti memulakan langganan ke senarai mel. Pengurus senarai mel yang biasa digunakan ialah LISTSERV dan Majordomo. Lihat juga senarai mel
book listsenarai bukuPerpustakaanTiadaSenarai judul pilihan atau senarai buku penerbit di perpustakaan, yang disusun menurut susunan kelas atau pengarang beserta dengan nota deskriptif untuk membantu membuat pemilihan.
Poll booksenarai pengundiSains PolitikPolitik PerbandinganSenarai daftar pengundi yang menyimpan butiran lengkap mengenai semua pengundi yang layak bagi sesuatu kawasan. Senarai ini disediakan oleh badan yang menguruskan pilihan raya seperti Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di Malaysia. Kebiasaannya senarai ini dibahagikan menurut kawasan pilihan raya sama ada di peringkat negeri untuk dewan undangan negeri atau peringkat parlimen. Individu yang tersenarai dalam kertas ini layak mengundi di kawasan tersebut. Contohnya, senarai pengundi yang dipamerkan oleh SPR di tempat awam untuk semakan sebelum pilihan raya diadakan.
GRAS listsenarai GrasMakanan dan PemakananTeknologi MakananSenarai aditif makanan yang dianggap selamat untuk digunakan. Senarai ini merangkumi aditif makanan yang memerlukan bukti lanjut sebelum dapat dikelaskan dengan lebih tepat lagi. Contoh bahan dalam senarai GRAS ialah asid propionik dan garamnya, metil dan propil paraben, serta sulfur dioksida dan sulfit.
plattsenarai peristiwaKesenianDrama dan TeaterUrutan susunan adegan yang terdapat dalam sesebuah persembahan drama untuk kegunaan pembantu ingat dan pengurus pentas. Senarai peristiwa turut mengandungi senarai prop tangan, kostum yang digunakan pelakon, catatan keluar masuk pelakon dan perubahan tatarias.
questionnaire and check listssenarai soalan selidik dan senarai semakPendidikanTiadaTiada
12345678910...

Kembali ke atas